Thursday, February 26, 2015

Taklimat Disertasi dan pendaftaran ACC800

Assalamualaikum...

Satu taklimat disertasi akan diadakan pada :-

Tarikh : 14 Mac 2015 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Kuliah 1 (belakang pejabat pos)

Mohon semua pelajar yang telah/bakal mendaftar disertasi pada semester ini dapat menghadirkan diri. Taklimat ini penting untuk mengelakan sebarang masalah (dismiss, gugur taraf etc...) di masa hadapan.

Borang-borang berkaitan juga boleh didapati pada hari tersebut.

Untuk makluman, fakulti hanya buka 2 kumpulan bagi pelajar yang akan mengambil disertasi semester ini.
Sila pilih kumpulan mengikut program anda sama ada AC700P4 atau AC703P4.

Harap maklum.

Wednesday, February 25, 2015

Pekeliling Akademik 2/2015 - PEMEGANG BIASISWA




Pendaftaran pelajar lama (penyelidikan)


Sila ambil maklum, semua pelajar lama (Malaysia) yang aktif boleh mula mendaftar secara atas talian (melalui Student Portal) bermula 27hb Feb sehingga 15hb Mac 2013. 

Walaubagaimanapun, pelajar perlu melengkapkan Research Student Feedback Online (ReSUFO) sebelum dibenarkan untuk mendaftar. 

Berikut adalah panduan untuk melengkapkan ReSUFO. 

        How to complete ReSUFO? 
                1. Login student portal ( http://istudent.uitm.edu.my/) 
                2. Click on i-learn logo 
                3. i-Learn screen will appear. Status SuFo Evaluation shown ‘Incomplete’ means that student have not                             complete the ReSuFO. Click IGS200 to complete it 
                4. Click "Start Evaluation" 
                5. Answer all questions and click "Submit" 
                6. Your status should change to "Completed" 
                7. After several hours, you can login back to Student portal and register. 

Bagi pelajar antarabangsa dan pelajar yang berstatus CK mereka perlu perlu mendaftar secara manual di Jabatan Penyelidikan, IPSis. 

Bagi pelajar yang tidak-aktif (GT/DM10) mereka perlu membuat rayuan meneruskan pengajian dahulu sebelum dapat mendaftar. 

Sumber : IPSIS

Tuesday, February 24, 2015

Program in House KPTM

Kepada pelajar KPTM,

Anda dikehendaki mendaftar kod subjek seperti dibawah :

1.  MAF711
2.  PSA 722
3.  FAR720

mengikut kumpulan yang ditetapkan, AC700KPTM.  Jadual seperti yang diedarkan sebelum ini.
Sebagai peringatan, kelas akan bermula pada 27 Februari 2015, Jumaat.

Mohon semua mendaftar sebelum 13 Mac 2015.

Harap maklum.


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

YBhg. Prof/Dr/Tuan/Puan,


Sukacita dimaklumkan bahawa IPSis telah berjaya membangunkan applikasi IGS LeGen (letter generator) yang akan digunakan oleh pelajar untuk memohon surat pengesahan status dan tamat pengajian.

Pelajar tidak perlu lagi melengkapkan borang, mereka hanya perlu menggunakan sistem seperti link di bawah:

http://www.online.uitm.edu.my/ipsis/letterapps/

Sistem ini telah boleh digunapakai dan mohon maklumkan kepada pelajar di Fakulti/Kampus YBhg. Prof/Dr/Tuan/Puan


Harap maklum.

Pendaftaran Kursus

Semua pelajar (termasuk pelajar dari KPTM) boleh mula mendaftar kursus di student portal.
Jadual boleh di lihat di page ICRESS atau boleh rujuk di papan notis pelajar dalam masa terdekat.

Mohon maklum kepada kami jika ada sebarang percanggahan atau tiada kursus untuk didaftarkan.

Harap maklum.

Pendaftaran Kod ACC802

Kepada pelajar yang mengikuti route Applied Research Project (ACC802).  Mohon hantar borang pertukaran pelan kepada Puan Nur Farra (nurfarra@gmail.com) sebelum tarikh tutup pendaftaran..

Borang boleh didapati di bahagian FORMS AND GUIDELINE.

Harap maklum.

Monday, February 16, 2015

Rayuan Meneruskan Pengajian (RMP)

Keputusan penilaian akhir telah pun diumumkan.  Sehubungan itu, mohon pelajar yang mendapat status D3, D4, D5 dan D6 untuk mohon RMP dalam tempoh 2 minggu dari tarikh keputusan diumumkan.  Mohon war-warkan kepada kawan-kawan yang terlibat.  Fakulti tidak bertanggungjawab terhadap permohonan yang lewat.

Borang boleh didapati di website ipsis dan sila serah ke fakulti selewat-lewatnya 27 Februari 2015.

Harap maklum.


Jemputan Profesorial Lecture : Prof Dr Ibrahim Abdul Rahman


Jemput semua pelajar/ bekas pelajar yang pernah menghadiri kelas Prof Ibrahim dan juga supervisee beliau.

Harap dapat memberi sokongan.

Terima kasih.