Wednesday, November 19, 2014

Masalah Katalaluan

Untuk makluman semua pelajar, katalaluan yang menggunakan nombor kad pengenalan adalah tidak dibenarkan.
Merujuk kepada permasalahan berikut :
1) Mohon semak dan pastikan alamat email adalah betul dan tepat (cth:- tertinggal '.my')
2) Anda juga perlu menyemak email didalam junk mail / spam selepas membuat "forgot password"  sekiranya emel dari sistem tiada didalam "inbox".
3)Jika alamat email tidak betul, atau email tidak boleh dibuka atau anda lupa langsung katalaluan emel anda, mohon hubungi pihak yang berkaitan seperti dibawah mengikut mana yang berkaitan untuk menukar atau mengemaskini emel tersebut :
     i - Kampus Shah Alam - sila hubungi fakulti masing-masing dan merujuk kepada staff pentadbiran akademik.
    ii - Kampus cawangan - sila hubungi Bahagian Hal Ehwal Akademik.
 
4) Sekiranya masalah anda tidak juga selesai, anda boleh menggunakan borang "contact us" untuk menghubungi bahagian teknikal, setelah semua prosedur diatas telah diambil.  
 
Sekian, Harap maklum.

Tuesday, November 18, 2014


Dear all,
 
You are cordially invited to the following talk:

Title : Forensic Accounting and Areas of Investigation
Speaker : Dr. Hendi Yogi Prabowo
Date : 20th November 2014 (Thursday)
Time : 9.00 am – 12.00 pm
Venue : Dewan Kuliah 1, Menara SAAS
 
              UiTM Shah Alam. 

Title  :  Money Laundering and Terrorism Financing
Speaker : Mr Aaron Lau
Date : 20th November 2014 (Thursday)
Time : 2.00 pm – 4.00 pm
Venue : Dewan Kuliah 1, Menara SAAS
 
              UiTM Shah Alam.
 
Thank you


Zamzarina Jaini
Kerani
Institut Penyelidikan Perakaunan
Level 12, Menara SAAS
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
Selangor

Tel : 03-5544 4925
Fax: 03-5544 4992

Monday, November 3, 2014

IKLAN BIASISWA SKIM TENAGA PENGAJAR MUDA (TPM) UiTM 2015

UiTM mempelawa Bumiputera Warganegara Malaysia yang dinamis dan ingin membina kerjaya dalam bidang pengajaran dan penyelidikan serta mempunyai kelayakan yang diperlukan untuk memohon biasiswa di bawah Skim Tenaga Pengajar Muda (TPM) Universiti Teknologi MARA Tahun 2015 bagi mengikuti kursus-kursus Ijazah Kedoktoran dan Ijazah Sarjana dalam bidang-bidang pengajian sepertimana yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Latihan & Pembangunan Staf (Induk) UiTM.

CARA-CARA MEMOHON

Calon-calon adalah diminta untuk mengisi borang permohonan Tenaga Pengajar Muda (TPM) secara atas talian pada pautan http://onlineapps.uitm.edu.my/eTPM/

TEMPOH IKLAN

Iklan akan dibuka dari 24 Oktober 2014 hingga 07 November 2014.

SYARAT

Syarat-syarat kelayakan memohon adalah seperti yang diiklankan.
Sebarang permohonan yang dibuat TANPA mengisi borang TPM secara atas talian TIDAK AKAN DIPROSES.