Showing posts with label yuran. Show all posts
Showing posts with label yuran. Show all posts

Monday, April 4, 2022

KELONGGARAN BAYARAN SESI MAC-OGOS 2022 / SESI AKADEMIK II 2021/2022 (20222)

Perhatian kepada semua pelajar Pra-Diploma, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (Master) dan Ijazah Kedoktoran (PHD). 

Majlis Eksekutif Universiti (MEU) telah bersetuju memberi kelonggaran bayaran yuran pengajian dengan membenarkan penangguhan bayaran bagi sesi II 2021/2022 (20222). 

Pelajar TIDAK PERLU membuat permohonan bagi tujuan penangguhan bayaran yuran. Penangguhan bayaran akan diberi secara automatik kepada pelajar yang belum membuat bayaran selepas 18 April 2022. 

 

Nota: Yuran bagi sesi II 2021/2022 (20222) boleh dijelaskan selewat-lewatnya pada 27 Ogos 2022. 

Sekian, terima kasih

Tuesday, November 26, 2019

Yuran Pengajian

Perhatian kepada pelajar yang masih belum menjelaskan yuran pengajian. Sila berbuat demikian selewat2-nya pada 15/12/2019. Kegagalan menjelaskan yuran pengajian akan akan menyebabkan markah tidak dapat dimasukkan ke dalam sistem sekaligus anda tidak akan menerima sebarang keputusan peperiksaan untuk semester ini. Anda juga akan diberhentikan dari pengajian.

Bagi pelajar yang membuat bayaran menggunakan KWSP harap dapat menyemak status bayaran dan pastikan bayaran telah diterima pihak Bendahari UiTM sebelum tarikh diatas.

Pelajar yang mempunyai denda juga dikehendaki menjelaskan bil tersebut bagi mengelakkan perkara diatas berlaku dan sebarang salinan keputusan peperiksaan tidak akan dikeluarkan kepada pelajar.

Sunday, October 13, 2019

Rayuan Pembatalan Gugur Taraf (RPGT)

Kepada saudara/i yang telah diberikan status GT, diminta untuk membuat permohonan Rayuan Pembatalan Gugur Taraf (RPGT). Tarikh akhir permohonan adalah pada 22 Oktober 2019. Setiap permohonan akan dikenakan denda sebanyak RM50.

Bagi saudara/i yang membayar yuran sebelum tarikh akhir bayaran iaitu pada 30 September 2019 tetapi dikenakan GT, mohon maklumkan kepada fakulti untuk tindakan. Yuran yang dibayar selepas tarikh tersebut tetap dikenakan denda sebanyak RM50.

Pemberian GT muktamad akan diberikan pada 1 November 2019. Bayaran selepas tarikh ini akan dikenakan denda yang lebih tinggi.


Thursday, October 10, 2019

Bayaran yuran pengajian

Untuk makluman, proses GT (gugur taraf) telah dijalankan oleh pihak HEA. Sila jelaskan yuran tertunggak sebelum GT muktamad diberikan sebelum 1/11/2019.