Wednesday, March 25, 2015

NOTIS BAGI PENAGGUHAN PEMBAYARAN YURAN 

Perhatian kepada semua pelajar yang ingin memohon Penangguhan Pembayaran Yuran, sila berhubung terus dengan Timbalan Dekan (Akademik) Fakulti Perakaunan iaitu Prof. Madya Dr Nor Asyikin Hj Ismail, Pejabat Akademik, Faculty of Accountancy, Universiti Teknologi MARA, Kampus 

Puncak Alam, Bandar Puncak Alam Selangor 42300 Malaysia atau talian no. Phone: 03-32587301 bagi mendapat kelulusan dan tandatangan beliau.

Manakala, bagi pelajar yang telah mendapat kelulusan penangguhan pembayaran yuran, anda dikehendaki membuat pemmbayaran yuran selewat-lewatnya pada 21 April 2015 (Selasa). Kegagalan berbuat demikian  akan menyebabkan pelajar akan mendapat status GUGUR TARAF dan TIDAK DIBENARKAN MENDUDUKI PENILAIAN AKHIR.

Sekian, harap maklum. Terima kasih.



Tuesday, March 17, 2015

Assalamualaikum w.b.t…
Kepada semua pelajar PhD dan MBR Fakulti Perakaunan dan semua pengguna bilik PhD Sinaran (di aras 12 Menara SAAS).

Mohon dapat save semua data/ files (backup data) anda di dalam semua komputer di bilik ini segera selewat-lewatnya esok pagi . Pihak Mover akan datang pada hari esok (18 Mac 2015) untuk membawa dan memindahkan semua komputer di bilik ini ke UiTM Puncak Alam. Mohon war-warkan kepada rakan anda segera.
Sehubungan itu, semua pelajar PhD dan MBR (pengguna bilik PhD Sinaran ini) bolehlah menggunakan Makmal 3 di aras 4 sebagai workstation yang baru sementara waktu sebelum berpindah terus ke Puncak Alam pada 1 Ogos 2015.

Harap maklum dan terima kasih.

Sebarang kesulitan amat dikesali.

Pejabat Pentadbiran Pascasiswazah Fakulti Perakaunan.

17 Mac 2015.

Wednesday, March 11, 2015

TAKLIMAT DISERTASI

Kepada semua pelajar yang mengambil Disertasi pada semster ini....

Satu taklimat disertasi akan diadakan seperti ketetapan di bawah:

Tarikh : 14 Mac 2015 (Sabtu)
Masa   : 11.30 pagi
Tempat : Dewan Kuliah 1 (DK 1)

SEMUA PELAJAR YANG MENGAMBIL DISERTASI PADA SEMESTER INI DIWAJIBKAN HADIR.

Harap maklum...Terima Kasih.

Monday, March 9, 2015

Pendaftaran kod elektif - update 10 mac

Makluman

Kod AIS710 hanya dibenarkan daftar sebagai kursus elektif ketiga bagi pelajar yg ambil applied research (ACC802) pada semester ini... bagi pelajar yg telah mendaftar kod ini, koordinator akan gugurkan kursus tersebut dari senarai pendaftaran dan pelajar perlu mendaftar kursus ekektif yang lain.

Harap maklum.

Tuesday, March 3, 2015

Isu Perpindahan : Perjumpaan pelajar postgrad (sarjana dan PhD) bersama Dekan

Assalamualaikum..

Satu perjumpaan dekan bersama pelajar akan diadakan pada 8 Mac 2015 (Ahad) bagi pelajar part time bertempat di Dewan Kuliah 1 (DK1), Menara SAAS pada jam 12.00 tenghari.

Manakala perjumpaan bersama pelajar sepenuh masa pada 10 Mac 2015 (Selasa) bertempat di DK1, pada jam 11.30 pagi.

Diharap semua pelajar dapat hadir ke taklimat tersebut.

Mohon jika ada isu/pendapat yang ingin disampaikan sebelum taklimat, mohon email kepada nurfarra@gmail.com.

Sekian, untuk makluman.

Mohon war-warkan kepada rakan-rakan.

Kekosongan jawatan sebagai Pensyarah Sambilan Perakaunan

Salam Tuan

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan perbincangan tuan dengan pegawai kami, Encik Irfaan Rosli baru-baru ini adalah berkaitan.

Sehubungan dengan itu berdasarkan perbincangan yang terdahulu, sukacita kami maklumkan akan kekosongan jawatan Pensyarah Sambilan bagi kursus Perakaunan untuk pelajar jurusan Adventure Tourism Management yang sedang menuntut di kampus Kolej Perniagaan KYS, Ayer Keroh, Melaka.

Justeru itu, mohon jasa baik pihak tuan jika sekiranya dapat mengemukakan senarai cadangan calon pengajar yang bersesuaian bagi tujuan sepertimana perenggan di atas untuk pertimbangan kami selanjutnya. Untuk makluman tuan, tempoh pengajian kursus tersebut dijangka bakal berlangsung antara awal bulan Jun hingga penghujung bulan Julai.

Bersama-sama ini kami lampirkan butiran kerja kursus Financial Planning and Analysis untuk rujukan pihak tuan jua.

Bagi sebarang pertanyaan lanjut yang berkaitan, sila hubungi pegawai bertugas Encik Irfaan Rosli di talian 013 241 3124 atau melalui emel irfaan@aventura.com.my. Sokongan serta kerjasama tuan berkenaan perkara di atas amatlah diharapkan dan kami iringi dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

-- 
NIK NURINA NIK KAMALUDDIN
Assistant Manager

KYS AVENTURA SDN BHD (1109630-V)
43-7 The Boulevard, Mid Valley City
Lingkaran Syed Putra, 59200 Kuala Lumpur
M: 019 219 8839 T: 03 2201 3413
E: nurina@aventura.com.my