Wednesday, June 10, 2015

INDUSTRY TALK

PROGRAM CEO INDUSTRI DAN IPT BERSAMA Y.Bhg DATO' SERI SYED ZAINAL ABIDIN SYED MOHAMED TAHIR

Makluman,

Pelajar sepenuh masa AC700 dan AC703 diminta hadir ke program Industry Talk pada 

Tarikh  :  10 Jun 2015 (Hari ini)
Masa   : 2.00 petang
Tempat : DATC

Arahan dari Dekan.


Thursday, June 4, 2015

PEMBATALAN NOTIS GANGGUAN BEKALAN ELEKTRIK

Makluman

Merujuk kepada post 1 Jun 2015, mengenai Gangguan Bekalan Elektrik pada 6 Jun 2015 (Sabtu).  Pihak TNB MEMBATALKAN kerja-kerja penyelengaraan suis utama


Sehubungan itu, kelas akan dijalankan seperti sediakala.  Makanan tidak dibekalkan pada minggu tersebut.

 
Sekian, Terima Kasih

Tuesday, June 2, 2015

Pembayaran Yuran bagi Pelajar yang Telah Mendapat Penangguhan Pembayaran Yuran

Assalamualaikumdan salam sejahtera....

Perhatian kepada semua pelajar Pascasiswazah Fakulti Perakaunan UiTM yang telah mendapat kebenaran penangguhan pembayaran yuran, mohon saudara/saudari membuat pembayaran yuran pengajian anda sebelum penilaian akhir bermula  iaitu sebelum 20 Jun 2015 bagi mengelakkan Keputusan Peperiksaan anda tidak dapat diproses. 

Harap maklum.

Terima kasih.






Monday, June 1, 2015

KELAS PELAJAR SEPARUH MASA SARJANA PERAKAUNAN DIBATALKAN PADA 6 JUN 2015

Assalamualaikumdan salam sejahtera....

Perhatian kepada semua pelajar Separuh Masa Sarjana Perakaunan UiTM Shah Alam.

Adalah dimaklumkan, bekalan elektrik akan dihentikan sementara kerana pihak TNB akan melakukan Kerja-Kerja Senggaraan Alatsuis 33KV, Busbar, Cable Ends Dan Sengaraan Pencegahan Perlindungan bagi tujuan untuk meningkatkan tahap kualiti bekalan elektrik di seluruh kawasan Kampus UiTM Shah Alam.


Butir-butir gangguan adalah seperti berikut :-

Tarikh : 6 Jun 2015 (Sabtu)
Waktu : 10.00 am - 10.00 pm 

Kawasan Yang Terlibat : Keseluruhan Kampus UiTM Shah Alam


Sehubungan itu, semua kelas pelajar Separuh Masa Sarjana Perakaunan di UiTM Shah Alam pada 6 Jun 2015 (sabtu) ini adalah dibatalkan dan akan diganti pada minggu berikutnya iaitu pada 13 Jun 2015 (Sabtu) . 

Manakala, kelas pada hari Ahad, 7 Jun 2015 akan berjalan seperti biasa.

Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan pensyarah masing-masing.

Harap maklum, terima kasih.


PEJABAT PASCASISWAZAH 
FAKULTI PERAKAUNAN
UiTM SHAH ALAM