Monday, February 1, 2016

UiTM Three Minute thesis competition(3MT) 2016

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.2. Adalah dimaklumkan bahawa Institut Pengajian Siswazah (IPSis) akan menganjurkan  UiTM Three Minute thesis competition (3MT) 2016.

Peserta adalah  terdiri daripada pelajar PhD yang telah lulus DRP atau pelajar yang telah berjaya menyiapkan hasil penyelidikan dan/telah menghantar Notis Cadangan Penyerahan Tesis. Pemenang peringkat UiTM akan mewakili UiTM ke Pertandingan Malaysia 3MT yang akan berlangsung pada bulan Mei 2016.
Maklumat pertandingan UiTM 3MT akan diadakan seperti maklumat berikut :

Tarikh : 17 Mac 2016 (Khamis)
 
Masa : 9.00 pagi
 
Tempat : Auditorium 1, iLQaM
, UiTM Shah Alam



Bersama ini disertakan link bagi pendaftaran untuk IGS 3MT http://goo.gl/forms/dzTwbYf8Cg (sebagai Audience) dan http://goo.gl/forms/2IfZU5RcrF (sebagai peserta). Maklumat lanjut untuk aturcara program dan poster maklumat akan diberikan dalam masa terdekat. Tarikh akhir untuk pendaftaran adalah pada 3 Mac 2016.

 Justeru, IPSis memohon agar pihak Fakulti dapat memaklumkan pertandingan ini kepada semua pelajar PhD di Fakulti tuan/puan.

Untuk mengetahui peraturan dan syarat-syarat pertandingan tuan/puan boleh melayari laman web http://threeminutethesis.org/


Sekian. Terima kasih.

Tuesday, January 26, 2016

MAKLUMAN : ORGANISASI PEJABAT SISWAZAH, FAKULTI PERAKAUNAN

Assalam dan Salam Sejahtera,

Organisasi Pejabat Siswazah adalah seperti berikut :-

Ketua Pusat Pengajian Siswazah : Dr. Zarinah Abdul Rasit
Koordinator ( Penyelidikan ) : Dr. Nadiah Abdul Hamid
Koordinator ( Kerja Kursus ) : Dr. Tuan Zainun Tuan Mat
Pegawai Eksekutif : Puan Farra Mustafar
Kerani : Nur Amalina Anurahim

Friday, January 22, 2016

Progress Report (Coursework)

Kepada semua pelajar yang mendaftarACC800/RAC883 yang tidak menghantar dissertation, sila hantar borang progress report (Coursework) sebelum atau pada 26 Januari 2016.  Penilaian ini penting bagi tujuan kemasukan status dissertation. 

Kemasukan status hanya kepada mereka yang mendaftar dan membayar yuran sahaja.  Sila semak status anda di portal pelajar.  Bagi pelajar yang telah menghantar, sila abaikan notis ini.

Tuesday, January 12, 2016

RESULT PROGRESS PRESENTATION ( 30-31 DEC 2015 )

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,

PERHATIAN :-

Kepada pelajar PhD & MBR yang telah membentang laporan kemajuan penyelidikan, sila hadir ke Pejabat Siswazah, Fakulti Perakaunan, UiTM Puncak Alam untuk mengambil keputusan laporan kemajuan penyelidikan anda.

Sekian.