Thursday, September 29, 2016

Daftar Pengundi SPR

Jom daftar sebagai pengundi.

Lokasi : Plaza Satelite B (Cafe pelajar)
Tarikh : 29 September 2016


Tuesday, September 27, 2016

Taklimat disertasi

Makluman

semua pelajar yang mendaftar RAC733/RAC700 dan RAC883/ACC800 dimestikan hadir ke taklimat disertasi yang akan diadakan pada 8 Oktober 2016 (Sabtu) / 12.30 12.00 tengahari / DK200, Aras 2. 

Ketua program akan menerangkan proses-proses penghantaran, pemeriksaan dan menjawab semua pertanyaan pelajar.

  •  Apa perlu dibuat jika tidak menghantar disertasi?
  • Apa Implikasi jika tidak menghantar disertasi?
  • Jika Mendapat major correction bagi pelajar berada di semester akhir?
  • Apa borang yang berkaitan? 
  • Apa itu plagiat?
 Mohon war-warkan kepada kawan-kawan.


Harap maklum.

Pembentangan Cadangan Penyelidikan

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

Kepada Semua Pelajar Sarjana dan Kedoktoran (Penyelidikan) 
 

Pembentangan Cadangan Penyelidikan (DRP) Semester September 2016 – Januari 2017 bagi pelajar Sarjana dan Kedoktoran (Penyelidikan) 
(yang masih belum membuat DRP) akan di adakan seperti maklumat berikut:
                 
                    Tarikh     :  27 Oktober 2016
(Khamis)
                    Masa      :  9.00 pagi - 1.00 tengahari
                   Tempat   :  Bilik Extra 1, Tingkat 2, FPA, UiTM Puncak Alam
   

Arahan kepada Pelajar:


1. Setiap pelajar yang akan membuat pembentangan cadangan penyelidikan dikehendaki untuk mengisi borang Pengesahan Pembentangan Cadangan Penyelidikan <-- klik sini atau boleh diperolehi daripada laman sesawang IPSis dan ianya perlu ditandatangani oleh penyelia bagi kelulusan pembentangan pada hari berkenaan.

2. Kepilkan bersama borang :


3. Pastikan semua pelajar telah menduduki IGS Research Seminar dan kepilkan sijil kehadiran bersama borang yang dihantar.

4. Pelajar juga perlu menghantar laporan ketulenan "originality report" (turnitin - % must be less than 30%)

5. Sediakan sekurang-kurangnya 5 salinan (hard copies) cadangan penyelidikan
 
6. Sediakan PPT 10 slides untuk tujuan pembentangan selama 10 -12 minit.

7. Semua borang yang berkaitan perlu dihantar bersama dengan kertas cadangan penyelidikan kepada:
 
Encik Irsaffuddin bin Ismail sebelum atau pada :11 Oktober 2016 (Jumaat)


** Sila abaikan email ini kepada para pelajar Sarjana/Kedoktoran yang telah membentang DRP. 
  
Kerjasama daripada anda semua amat dihargai. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Dr. Nadiah Abd Hamid (03-3258 7442 / 7336 / 7326)

Sekian harap maklum.

Wednesday, September 21, 2016

Pendaftaran Kod RAC873 - Applied Research Project

Kepada semua yang mohon untuk tukar ke pelan ARP dan belum mendaftar kursus tersebut.  Mohon hubungi Puan Farra dengan email borang add & drop <---- klik sini untuk download borang ke nurfarra@salam.uitm.edu.my dengan kadar segera.

Makluman penting - tarikh akhir pembayaran yuran adalah 2 Oktober 2016.


Tuesday, September 20, 2016

Validasi

Q&A

7. Perlukah saya membuat validasi kursus?

 Pelajar digalakkan untuk membuat validasi kursus bagi memastikan semua kursus yang telah didaftarkan adalah betul. Sekiranya terdapat kesilapan pada Penyata Kelayakan Menduduki Peperiksaan, pelajar akan bertanggungjawab sepenuhnya sekiranya validasi tidak dilakukan.  

7. (Do I need to validate the courses registered earlier?)
Students are strongly encouraged to validate the courses registered to ensure that the registration courses is correct. If there are errors in the Penyata Kelayakan Menduduki Peperiksaan, students will be fully responsible if in the first place validation is not performed.

Resource from  : HEA website