Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Mohon maklumkan kepada pelajar siswazah di Fakulti dan cawangan....
Program Pembiayaan MyMaster dan MyPhD kini telah dibuka untuk permohonan secara online sepanjang tahun mulai 1 Disember 2010.
Warganegara Malaysia dari kalangan graduan, orang awam dan sektor swasta yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana atau PhD di bidang sains dan teknologi,sains sosial/sastera ikhtisas kini boleh memohon pembiayaan melalui Program Pembiayaan Ijazah Lanjutan di bawah RMke-10 Kementerian Pengajian Tinggi iaitu Program Pembiayaan MyMaster dan MyPhD.
Syarat-syarat permohonan dan penawaran boleh didapati melalui laman web Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia https://www.mohe.gov.my/MyBrain15/index.php atau seperti dibawah.
Zuhaina Zakaria
Ketua Pengajian Siswazah
(Pembangunan Akademik, Sumber dan Pelajar)
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
MyMaster
Syarat Permohonan Pembiayaan
MyMaster merupakan feeder kepada program pembiayaan pengajian di peringkat PhD iaitu MyPhD. Objektif program ini adalah untuk merangsang dan menggalakkan graduan yang berkaliber meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi dalam bidang-bidang yang penting selaras dengan agenda pembangunan negara.
Permohonan ditawarkan kepada graduan dan orang awam serta kakitangan swasta untuk melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana secara sepenuh masa di institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan yang terpilih dalam bidang Sains dan Teknologi serta Sains Sosial / Sastera Ikhtisas. Bagi bidang Sains Sosial / Sastera Ikhtisas, keutamaan akan diberikan kepada bidang penyelidikan yang menjurus kepada inovasi, pembangunan ekonomi dan peningkatan kualiti hidup masyarakat serta berpandukan bidang-bidang yang berkaitan dengan National Key Economic Areas (NKEA).
i. Semua penerima biaya perlu menandatangani ikatan perjanjian bersama seorang penjamin dengan Kerajaan sebagai tanda setuju untuk mengikuti pengajian sepanjang tempoh tajaan.
ii. Tuntutan gantirugi boleh dikenakan sekiranya:-
ii. Tawaran juga secara online akan dibuat dalam empat (4) fasa iaitu Januari, April, Julai dan Oktober pada setiap tahun.
iii. Sebelum memohon, calon hendaklah terlebih dahulu memperolehi surat tawaran pengajian.
2. Borang permohonan boleh diisi dan dikemaskini butirannya sebanyak dua (2) kali mulai tarikh diiklankan sehingga tarikh tutup permohonan.
3. Permohonan akan diproses dalam empat (4) fasa iaitu Januari, April, Julai dan Oktober pada setiap tahun.
4. Semua dokumen sokongan asal hendaklah diimbas (scan) dan disimpan dalam format imej (JPEG) atau PDF dan perlu dimuatnaik (upload) melalui permohonan atas talian ini. Dokumen sokongan tersebut adalah:
Mohe
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
MyPhD
Syarat Permohonan Pembiayaan
MyPhD terbuka kepada semua graduan yang layak dan kakitangan sektor swasta. Objektif program ini adalah untuk meningkatkan jumlah kumpulan tenaga kerja profesional tempatan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi berteraskan inovasi dan kreativiti yang mampu menjana pertumbuhan sektor ekonomi dan industri tempatan.
Calon-calon
i. Warganegara Malaysia;
ii. Umur tidak melebihi 45 tahun semasa memohon;
iii. Telah mendapat tawaran/memulakan pengajian di IPT;
iv. Memiliki Ijazah Sarjana atau setaraf yang diiktiraf oleh IPTA dengan CGPA minima 3.00. Bagi mereka yang tiada kelayakan sarjana, perlu mempunyai pencapaian CGPA minima 3.50 di peringkat sarjana muda atau pengalaman berkerja berkaitan mengikut tempoh yang diluluskan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA);
v. Pengajian secara sepenuh masa;
vi. Tidak menerima sebarang bentuk penajaan dari lain-lain penaja (kecuali menerima elaun sebagai Pembantu Penyelidik Siswazah);
vii. Pelajar akan dikenakan perjanjian bersama seorang penjamin dan ikatan kontrak untuk berkhidmat kepada negara.
i. Lima (5) tahun kontrak berkhidmat dalam negara atau dengan mana-mana organisasi yang berkepentingan untuk negara dengan gantirugi penuh pembiayaan sekiranya terlibat dalam pelanggaran kontrak;
ii. Penerima biaya yang melanggar syarat-syarat kontrak seperti berhenti atau ditamatkan pengajian oleh pihak IPT atau gagal atau berhijrah ke negara lain sebelum tamat kontrak akan dikenakan tindakan bayar balik atau gantirugi.
i. Permohonan akan dibuka secara online sepanjang tahun mulai 01 Disember 2010.
ii. Tawaran juga secara online akan dibuat dalam empat (4) fasa iaitu Januari, April, Julai dan Oktober pada setiap tahun.
iii. Pemilihan calon akan dibuat berdasarkan penilaian oleh Jawatankuasa Pemilih yang akan dilantik Kementerian Pengajian Tinggi.
iv. Sebelum memohon, calon hendaklah terlebih dahulu:-
1. Permohonan perlu dibuat secara atas talian (online) sepenuhnya dengan klik LOG MASUK dan mendaftar sebagai pengguna sistem.
2. Borang permohonan boleh diisi dan dikemaskini butirannya sebanyak dua (2) kali mulai tarikh diiklankan sehingga tarikh tutup permohonan.
3. Pemohon hendaklah memastikan rancangan penyelidikan telah dipersetujui oleh penyelia. Sila rujuk (Lampiran A) untuk panduan penyediaan.
4. Pemohon juga dikehendaki mengisi Kajian Cadangan Penyelidikan (Lampiran B) secara bertaip dan cetak sebagai dokumen PDF sebelum muatnaik bersama dokumen permohonan lain. Rujuk panduan menukar format dokumen seperti di bawah.
5. Permohonan akan diproses dalam empat (4) fasa iaitu Januari, April, Julai dan Oktober pada setiap tahun.
6. Semua dokumen sokongan asal hendaklah diimbas (scan) dan disimpan dalam format imej (JPEG) atau PDF dan perlu dimuatnaik (upload) melalui permohonan atas talian ini. Dokumen sokongan tersebut adalah:
MOHE
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
MyMaster
Syarat Permohonan Pembiayaan
MyMaster merupakan feeder kepada program pembiayaan pengajian di peringkat PhD iaitu MyPhD. Objektif program ini adalah untuk merangsang dan menggalakkan graduan yang berkaliber meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi dalam bidang-bidang yang penting selaras dengan agenda pembangunan negara.
Permohonan Pembiayaan
Permohonan ditawarkan kepada graduan dan orang awam serta kakitangan swasta untuk melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana secara sepenuh masa di institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan yang terpilih dalam bidang Sains dan Teknologi serta Sains Sosial / Sastera Ikhtisas. Bagi bidang Sains Sosial / Sastera Ikhtisas, keutamaan akan diberikan kepada bidang penyelidikan yang menjurus kepada inovasi, pembangunan ekonomi dan peningkatan kualiti hidup masyarakat serta berpandukan bidang-bidang yang berkaitan dengan National Key Economic Areas (NKEA).Skop Pembiayaan
(a) Syarat-syarat Umum (i) Pemohon adalah warganegara Malaysia; (ii) Berumur tidak melebihi 35 tahun semasa memohon; (iii) Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau setaraf yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan CGPA minima 2.75; (iv) Telah ditawarkan pengajian secara sepenuh masa oleh IPT; (v) Tidak menerima sebarang bentuk penajaan dari lain-lain penaja; (vi) Tidak pernah mendapat tajaan dari Kerajaan / Kerajaan Negeri / Agensi Kerajaan / Badan Berkanun untuk pengajian di peringkat yang sama; dan (vii) Tiada ikatan perjanjian untuk berkhidmat dengan mana-mana pihak sepanjang tempoh tajaan.
Pembiayaan* | Tempoh Biaya(Maksimum) |
1. Yuran Pengajian (tidak termasuk wang hemat diri dan yuran penginapan) tidak melebihi RM10,000; 2. Pembiayaan yuran pengajian akan dibayar terus kepada pihak IPT berkenaan | 24 Bulan |
3. Bantuan Penyediaan Tesis tertakluk siling yuran masih berbaki : Mod Penyelidikan : RM3,000 Mod Campuran (Kerja Kursus dan Tesis) : RM1,500 | Sekali sepanjang pengajian |
*Tertakluk kepada kelulusan Kementerian Kewangan
(c) Ikatan Perjanjiani. Semua penerima biaya perlu menandatangani ikatan perjanjian bersama seorang penjamin dengan Kerajaan sebagai tanda setuju untuk mengikuti pengajian sepanjang tempoh tajaan.
ii. Tuntutan gantirugi boleh dikenakan sekiranya:-
a. Pelajar menarik diri atau menangguh pengajian tanpa kebenaran; b. Diberhentikan oleh IPT kerana masalah disiplin, kelemahan akademik atau sebab-sebab lain yang telah ditetapkan di bawah peraturan IPT berkenaan; dan c. Pelajar gagal dalam pengajian.
Permohonan dan Penawaran
i. Permohonan akan dibuka secara online sepanjang tahun mulai 01 Disember 2010.ii. Tawaran juga secara online akan dibuat dalam empat (4) fasa iaitu Januari, April, Julai dan Oktober pada setiap tahun.
iii. Sebelum memohon, calon hendaklah terlebih dahulu memperolehi surat tawaran pengajian.
Cara-cara Permohonan
1. Permohonan perlu dibuat secara atas talian (online) sepenuhnya dengan klik LOG MASUK, dan mendaftar sebagai pengguna sistem.2. Borang permohonan boleh diisi dan dikemaskini butirannya sebanyak dua (2) kali mulai tarikh diiklankan sehingga tarikh tutup permohonan.
3. Permohonan akan diproses dalam empat (4) fasa iaitu Januari, April, Julai dan Oktober pada setiap tahun.
4. Semua dokumen sokongan asal hendaklah diimbas (scan) dan disimpan dalam format imej (JPEG) atau PDF dan perlu dimuatnaik (upload) melalui permohonan atas talian ini. Dokumen sokongan tersebut adalah:
BIL | DOKUMEN | FORMAT | SAIZ MAKSIMA |
1 | Gambar pemohon berukuran passport | JPEG | 250kb |
2 | Salinan kad pengenalan pemohon | PDF | 280kb |
3 | Salinan transkrip akademik tertinggi (semester akhir) | PDF | 280kb |
4 | Salinan surat tawaran kemasukan ke Institusi/Universiti | PDF | 100kb |
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
MyPhD
Syarat Permohonan Pembiayaan
MyPhD terbuka kepada semua graduan yang layak dan kakitangan sektor swasta. Objektif program ini adalah untuk meningkatkan jumlah kumpulan tenaga kerja profesional tempatan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi berteraskan inovasi dan kreativiti yang mampu menjana pertumbuhan sektor ekonomi dan industri tempatan.
Kriteria Permohonan Pembiayaan
Calon-calon- Pelajar Awam
- Kakitangan Swasta
- Pensyarah IPTS
- IPTA
- IPTS bertaraf GLC (UTP,MMU & UNITEN)
- 60% – Sains dan Teknologi
- 40% – Sains Sosial/Sastera Ikhtisas
- Berkhidmat di Malaysia atau mana-mana organisasi yang mempunyai kepentingan kepada Malaysia selama lima (5) tahun.
Syarat Permohonan Pembiayaan
i. Warganegara Malaysia;ii. Umur tidak melebihi 45 tahun semasa memohon;
iii. Telah mendapat tawaran/memulakan pengajian di IPT;
iv. Memiliki Ijazah Sarjana atau setaraf yang diiktiraf oleh IPTA dengan CGPA minima 3.00. Bagi mereka yang tiada kelayakan sarjana, perlu mempunyai pencapaian CGPA minima 3.50 di peringkat sarjana muda atau pengalaman berkerja berkaitan mengikut tempoh yang diluluskan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA);
v. Pengajian secara sepenuh masa;
vi. Tidak menerima sebarang bentuk penajaan dari lain-lain penaja (kecuali menerima elaun sebagai Pembantu Penyelidik Siswazah);
vii. Pelajar akan dikenakan perjanjian bersama seorang penjamin dan ikatan kontrak untuk berkhidmat kepada negara.
Elemen Pembayaran Pembiayaan
KATEGORI | YURAN PENGAJIAN(MAKSIMUM SEPANJANG PENGAJIAN) | ELAUN SARA HIDUP(MAKSIMUM 42 BLN) | ELAUN BANTUAN JURNAL | ELAUN TESIS** |
Pelajar Awam(Tidak Bekerja) | IPTA & IPTS : RM 24,000 | RM2,300/bln | RM2,000 | RM3,000 |
Kakitangan Swasta | IPTA : RM 24,000 | Tiada | RM2,000 | RM3,000 |
Pensyarah IPTS | IPTA : RM 24,000 | Tiada | RM2,000 | RM3,000 |
*Tertakluk kepada kelulusan Kementerian Kewangan
** Tertakluk kepada siling peruntukan yuran masih berbaki
Syarat Kontrak Pembiayaan
i. Lima (5) tahun kontrak berkhidmat dalam negara atau dengan mana-mana organisasi yang berkepentingan untuk negara dengan gantirugi penuh pembiayaan sekiranya terlibat dalam pelanggaran kontrak;ii. Penerima biaya yang melanggar syarat-syarat kontrak seperti berhenti atau ditamatkan pengajian oleh pihak IPT atau gagal atau berhijrah ke negara lain sebelum tamat kontrak akan dikenakan tindakan bayar balik atau gantirugi.
Permohonan dan Penawaran
i. Permohonan akan dibuka secara online sepanjang tahun mulai 01 Disember 2010.ii. Tawaran juga secara online akan dibuat dalam empat (4) fasa iaitu Januari, April, Julai dan Oktober pada setiap tahun.
iii. Pemilihan calon akan dibuat berdasarkan penilaian oleh Jawatankuasa Pemilih yang akan dilantik Kementerian Pengajian Tinggi.
iv. Sebelum memohon, calon hendaklah terlebih dahulu:-
- Memperolehi surat tawaran pengajian;
- Menyediakan Kertas Rancangan Penyelidikan (proposal)
Cara-cara Memohon
1. Permohonan perlu dibuat secara atas talian (online) sepenuhnya dengan klik LOG MASUK dan mendaftar sebagai pengguna sistem.2. Borang permohonan boleh diisi dan dikemaskini butirannya sebanyak dua (2) kali mulai tarikh diiklankan sehingga tarikh tutup permohonan.
3. Pemohon hendaklah memastikan rancangan penyelidikan telah dipersetujui oleh penyelia. Sila rujuk (Lampiran A) untuk panduan penyediaan.
4. Pemohon juga dikehendaki mengisi Kajian Cadangan Penyelidikan (Lampiran B) secara bertaip dan cetak sebagai dokumen PDF sebelum muatnaik bersama dokumen permohonan lain. Rujuk panduan menukar format dokumen seperti di bawah.
5. Permohonan akan diproses dalam empat (4) fasa iaitu Januari, April, Julai dan Oktober pada setiap tahun.
6. Semua dokumen sokongan asal hendaklah diimbas (scan) dan disimpan dalam format imej (JPEG) atau PDF dan perlu dimuatnaik (upload) melalui permohonan atas talian ini. Dokumen sokongan tersebut adalah:
BIL | DOKUMEN | FORMAT | SAIZ MAKSIMA |
1 | Gambar pemohon berukuran passport | JPEG | 250kb |
2 | Salinan kad pengenalan pemohon | PDF | 280kb |
3 | Rancangan penyelidikan (proposal) yang disahkan oleh penyelia (muatturun format di Lampiran A) | PDF | 300kb |
4 | Salinan transkrip akademik tertinggi (semester akhir) | PDF | 280kb |
5 | Salinan surat tawaran kemasukan ke Institusi/Universiti | PDF | 100kb |
6 | Kajian cadangan penyelidikan(lengkapkan maklumat di Lampiran B) | PDF | 100kb |
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.