Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera,
Kepada
Para Pentadbir UiTM
Y. Bhg Datuk/Datin Paduka/Profesor/Tuan/Puan,
JEMPUTAN MENGHADIRI PROGRAM PROQUEST WEEK DI PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK (20 HINGGA 22 MEI 2014)
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2 Sukacita dimaklumkan Perpustakaan Tun Abdul Razak dengan
kerjasama ProQuest akan menganjurkan program latihan penggunaan
pangkalan data ProQuest dan program konsultansi maklumat di booth
ProQuest seperti butiran berikut:
Tarikh : 20 Mei 2014 (Isnin)
Tempat : Perpustakaan Pengurusan Perniagaan Tun Abdul Razak (PTAR 2)
Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang
Tarikh : 21 Mei 2014
Tempat : Perpustakaan Tun Abdul Razak Utama (PTAR 1)
Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang
Tarikh : 22 Mei 2014
Tempat : Perpustakaan Kejuruteraan Tun Abdul Razak (PTAR 3)
Masa : 9.00 pagi - 12.30 tengahari
Tarikh : 22 Mei 2014
Tempat : Perpustakaan Sains & Teknologi Tun Abdul Razak (PTAR 4)
Masa : 2.00 petang - 5 petang
3. Tujuan sesi latihan ini dianjurkan adalah untuk meningkatkan
kemahiran penggunaan pangkalandata tersebut di kalangan para pensyarah,
pelajar pasca ijazah dan pentadbir bagi tujuan pengajaran,
pembelajaran dan penyelidikan. Manakala perkhidmatan konsultansi
maklumat di booth adalah terbuka kepada semua kategori pengguna
perpustakaan.
4. Sehubungan itu, Y. Bhg Datuk/Datin Paduka/Profesor/Tuan/Puan yang
sedang dan akan melanjutkan pelajaran amatlah digalakkan menyertai
sesi latihan ini.dengan menghubungi pegawai-pegawai yang ditetapkan bagi
setiap lokasi.
5. Sebarang pertanyaan mengenai perkara di atas, bolehlah menghubungi Puan Siti Rohayu Mohd Yusoff di talian 03-55211701 atau En Sharol Nizam b Johol di talian 03-55211707 atau Tn Hj Ahmad Faizar b Jaafar di talian 03-55443731. Kerjasama dan keprihatinan dalam perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.