Monday, November 3, 2014

IKLAN BIASISWA SKIM TENAGA PENGAJAR MUDA (TPM) UiTM 2015

UiTM mempelawa Bumiputera Warganegara Malaysia yang dinamis dan ingin membina kerjaya dalam bidang pengajaran dan penyelidikan serta mempunyai kelayakan yang diperlukan untuk memohon biasiswa di bawah Skim Tenaga Pengajar Muda (TPM) Universiti Teknologi MARA Tahun 2015 bagi mengikuti kursus-kursus Ijazah Kedoktoran dan Ijazah Sarjana dalam bidang-bidang pengajian sepertimana yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Latihan & Pembangunan Staf (Induk) UiTM.

CARA-CARA MEMOHON

Calon-calon adalah diminta untuk mengisi borang permohonan Tenaga Pengajar Muda (TPM) secara atas talian pada pautan http://onlineapps.uitm.edu.my/eTPM/

TEMPOH IKLAN

Iklan akan dibuka dari 24 Oktober 2014 hingga 07 November 2014.

SYARAT

Syarat-syarat kelayakan memohon adalah seperti yang diiklankan.
Sebarang permohonan yang dibuat TANPA mengisi borang TPM secara atas talian TIDAK AKAN DIPROSES.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.