Thursday, August 20, 2015

Pendaftaran Pelajar Lama bagi Semester September 2015 (Sesi: 20154) dan RESUFO


Assalamualaikum w.r.t. dan Salam Sejahtera,

Perhatian kepada semua pelajar.

Perkara di atas adalah dirujuk.

Sila ambil maklum bahawa semua pelajar lama (Malaysia) yang berstatus aktif boleh mula mendaftar secara atas talian melalui Student Portal bermula 24 Ogos 2015 (Isnin) sehingga 15 September 2015 (Selasa). 

Mohon ambil perhatian bagi urusan Pendaftaran Pelajar Lama bg Semester September 2015 (Sesi: 20154)  mengikut kategori seperti berikut:

1) Pelajar lama (Antarabangsa): Pendaftaran secara manual perlu dilakukan di Jabatan Penyelidikan, Tingkat 3, IPSis.

2) Pelajar berstatus CUTI KHAS pada semester Mac 2015 (sesi 20152): Pendaftaran secara manual perlu dilakukan di Jabatan Penyelidikan, Tingkat 3, IPSis. 

3) Pelajar berstatus TIDAK AKTIF (Gugur Taraf/Gugur Taraf (D10)) pada semester Mac 2015 (sesi 20152): Pelajar perlu menghantar borang permohonan Rayuan Meneruskan Pengajian (RMP) ke Fakulti untuk sokongan Mesyuarat JKAPS dan kelulusan Mesyuarat MPS jika masih berminat untuk meneruskan pengajian. Pendaftaran secara manual di IPSis hanya boleh dilakukan oleh pelajar setelah mendapat kelulusan Mesyuarat MPS. 
 
4) Pelajar yang telah melebihi tempoh maksima pengajian pada semester September 2015 (sesi 20154): Pelajar perlu menghantar borang permohonan Rayuan Melanjutkan Tempoh Pengajian (RMTP) ke Fakulti untuk sokongan Mesyuarat JKAPS dan kelulusan Mesyuarat MPS jika masih berminat untuk meneruskan pengajian. Pendaftaran secara manual di IPSis hanya boleh dilakukan oleh pelajar setelah mendapat kelulusan Mesyuarat MPS.

Selain itu, semua pelajar trek penyelidikan perlu melengkapkan RESUFO. Bersama-sama ini disertakan panduan ringkas untuk melengkapkan RESUFO sebagai tujuan pemakluman dan edaran kepada pelajar.

Attention to all returning PhD and Master by Research Students (Semester 2 onwards):
How to complete ReSUFO?
1)    Login student portal (http://istudent.uitm.edu.my/)
2)    Click on i-learn logo
3)    i-learn screen will appear. Status SUFO Evaluation shown ‘Incomplete’ means that student has not complete the ReSUFO. Click IGS200 to complete it.
4)    Click "Start Evaluation"
5)    Answer all questions and click "Submit"
6)    Your status should change to "Completed"
7)    After several hours, you can login back to student portal and register


Sekian untuk perhatian dan tindakan para pelajar selanjutnya.
Terima kasih.












No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.