Monday, October 26, 2015

TIPS & TRICK TO GET THE MOST FROM SCIENCEDIRECT DATABASE AND EBOOKS

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kepada
Pensyarah UiTM
Pelajar Pasca Siswazah UiTM

YBhg Dato'/Datin/Profesor/Tuan/Puan

JEMPUTAN MENGHADIRI BENGKEL "TIPS & TRICK TO GET THE MOST FROM SCIENCEDIRECT DATABASE AND EBOOKS"

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.  Sukacita dimaklumkan Unit Impak dan Etika Penyelidikan, Institut Pengurusan Penyelidikan & Inovasi (IRMI) dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) akan menganjurkan bengkel penerbitan ilmiah pada butiran berikut:

Tarikh : 4 November 2015 (Rabu)
Masa : 9.30 pagi- 1.00 petang
Tempat : Pusat IT, PTAR 1, UiTM Shah Alam

3.  Tujuan bengkel ini dianjurkan adalah untuk meningkatkan kemahiran pensyarah dan pelajar pasca siswazah bagi menghasilkan penulisan ilmiah yang berkualiti dan berupaya diterbitkan di dalam jurnal berimpak tinggi.  Peserta juga berpeluang memperoleh maklumat dan tips penerbitan ilmiah dari sudut pandangan penerbit ilmiah itu sendiri.

4.  Sehubungan itu, YBhg Dato'/Datin/Profesor/Tuan/Puan adalah dipelawa untuk mengikuti bengkel ini dengan mengisi borang pendaftaran yang disertakan dan hantar melalui e-mel kepada : fatimatun@salam.uitm.edu.my.  Bersama-sama ini disertakan aturcara program sebagai rujukan dan tindakan selanjutnya.

5.  Sebarang pertanyaan mengenai perkara di atas, boleh menghubungi sekretariat UIEP, IRMI (Cik Fatimatun Nur/En. Aizad Al-Bakri) di talian 03-5544 8069/03-5544 2794.

Kerjasama dan keprihatinan dalam perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.

Yang benar

Fatimatun Nur binti Zainal Ulum
Pegawai Eksekutif (Impak & Etika Penyelidikan)
b/p Penolong Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi)
      Insitut Pengurusan Penyelidikan & Inovasi (IRMI)

Aturcara program

 

Masa
Acara
9.30 – 10.00 pagi
Pendaftaran Peserta
10.00 pagi – 12.30 t/hari
Tips & Trick to Get the Most from Sciencedirect Database and ebooks
Cik Yu Lang
Elsevier

12.30 t/hari – 1.00 petang
Sesi soal jawab
1.00 petang
Bersurai / Makan tengah hari


 Sila dapatkan borang disini.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.