Wednesday, August 1, 2018

LAWATAN AKADEMIK SEKOLAH TINGGI ILMU EKONOMI (STEI) & UNIVERSITAS ISLAM KADIRI (UNISKA)

Assalamualaikum,

Fakulti Perakaunan akan menerima lawatan akademik daripada pelajar dan pensyarah dari Sekolah Tinggi Ilmu Ekonomi & Universitas Islam Kadiri dari Jawa Timur, Indonesia. Salah satu daripada objektif lawatan ini adalah untuk  pelajar-pelajar di peringkat sarjana dan juga kedoktoran dari Fakulti Perakaunan, UiTM dan Universitas Islam Kadiri & Sekolah Tinggi Ilmu Ekonomi mendapat manfaat daripada taklimat dan pembentangan proposal berkenaan potensi tajuk kajian penyelidikan. Tarikh dan masa adalah seperti berikut:

Tarikh              : 2 Ogos 2018 (Khamis)
Masa               : 8.30 pagi – 12.30 tengahari
Tempat            : DK 200, Aras 2, Fakulti Perakaunan, UiTM Kampus Puncak Alam




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.