Monday, February 17, 2020

MAKLUMAN KHUSUS: PELAJAR DISERTASI (RAC883) DAN APPLIED RESEARCH PROJECT (RAC873)

Assalamualaikum wrt dan Salam Sejahtera.

Perhatian kepada SEMUA pelajar Sarjana Program AC700 dan AC703 yang mendaftar kod kursus berikut untuk semester Mac - Julai 2020:

i)                   RAC883 (Dissertation); dan

ii)                 RAC873 (Applied Research Project)


Untuk makluman, Dasar Etika Penyelidikan Melibatkan Manusia telah diluluskan pada 24 Mei 2019 di Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti (LPU) ke 169. Ia bertujuan memastikan penerapan budaya, dan pelaksanaan penyelidikan yang bertanggungjawab serta beretika oleh semua staf dan pelajar di seluruh sistem UiTM.



Selari dengan Dasar Etika Penyelidikan di atas, dimaklumkan bahawa pelajar WAJIB mengisi dan menghantar Borang Research Ethics (Dokumen no. 2 - 5) pada pautan berikut:


·        No.2 - Research Form for Ethics Approval

·        No. 3 – Research Risk Classification Form

·        No. 4 - Subject Information Sheet Revised

·        No. 5 – Checklist for Applicant



*INFO PENTING:

o   Borang Research Ethics di atas adalah wajib diisi oleh setiap pelajar  (yang lama ataupun yang baru pertama kali mendaftar RAC873 dan RAC883 untuk semester Mac – Julai 2020) yang masih belum mengumpul data - samada primary atau secondary data.



o   Mana-mana pelajar yang menggunakan questionnaire bagi tujuan pengumpulan data, perlu menyediakan dan menghantar sekali questionnaire tersebut dalam bentuk DWIBAHASA (Bahasa Melayu DAN Bahasa Inggeris).


o   Pelajar adalah dimohon untuk menghantar kesemua Borang Research Ethics beserta questionnaire (jika berkenaan) secara HARDCOPY selewat-lewatnya pada 24 Februari 2020 (ISNIN) ke Pejabat Pascasiswazah, Aras 14, Menara SAAS (9.00am – 5.00pm).


Mohon perhatian: Kegagalan untuk menghantar kesemua dokumen yang berkaitan mengikut tarikh yang ditetapkan, akan mengakibatkan komplikasi dalam proses pengumpulan data dan seterusnya membantutkan proses penyediaan dan penghantaran disertasi/applied research project pada semester Mac – Julai 2020.


Kerjasama yang diberikan amat dihargai dan diucapkan dengan ucapan ribuan terima kasih.


Sekian, harap maklum.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.