Assalamualaikum wrt.
Secara umumnya pelaksanaan kelas bagi Semester Oktober 2020 adalah 70% ODL 30% F2F. Namun demikian, terdapat beberapa subjek yang mana kelas akan diadakan secara 100% ODL.
Maklumat lanjut berkenaan pengendalian kuliah akan disampaikan oleh setiap pensyarah dalam kelas masing-masing nanti.
Berikut merupakan makluman dari Timbalan Dekan Akademik, Fakulti Perakaunan berkenaan Pelaksanaan Kuliah 20204 (Semester Okt 2020)
Tarikh: 2 October 2020
Berikutan peningkatan kes covid19 semasa, mesyuarat pada 1 Oktober 2020 telah memutuskan perkara berikut:
a) Bagi tempoh bermula 12 Oktober sehingga 30 November kelas adalah secara Online Distance Learning (ODL)
b) Kelas secara bersemuka hanya boleh dilaksanakan bermula 1 Disember 2020 sekiranya keadaan membenarkan. Pelaksanaan kelas secara bersemuka adalah bertujuan untuk membenarkan penilaian berterusan yang memerlukan pertemuan secara bersemuka dilaksanakan termasuk ujian.
Pelaksanaan kelas secara bersemuka ini tertakluk kepada perkembangan semasa kes covid19 dan arahan KKM serta UiTM.
c) Pada masa notis ini dikeluarkan, penilaian akhir akan dilaksanakan secara bersemuka.
Walaubagaimanapun, ianya bergantung pada perkembangan covid19 semasa, dan pelajar disaran untuk bersedia sekiranya penilaian akhir secara ODL perlu dilaksanakan.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.