Tuan/Puan,
NATIONAL TAX SEMINAR 2012
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita
dimaklumkan bahawa Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) akan
menganjurkan Seminar Percukaian Kebangsaan
seperti berikut:
Tarikh :
3 Oktober 2012 (Rabu)
Masa :
8.00 pagi hingga 5.30 petang
Tempat
: Putra World Trade Centre (PWTC) Kuala Lumpur (Dewan Merdeka)
Bayaran
: RM 500 seorang (10 CPD HOURS)
Bayaran cek atas nama :
inland revenue officers’ union
Hantar bayaran ke alamat : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
3. Seminar
ini adalah usaha LHDNM untuk memaklumkan peserta mengenai Cadangan
Bajet 2013 dalam sistem pentadbiran serta amalan dan dasar percukaian
negara
dan mengupas topik khas iaitu “Tax Investigation: Paving The Way for
Criminal Tax Investigation in 2013”. Sehubungan itu, pihak kami amat
mengalu-alukan penyertaan daripada pihak tuan untuk menyertai Seminar
tersebut.
4.
Untuk makluman lanjut mengenai Seminar, tuan/puan boleh menghubungi pegawai berikut:
Nama
: Puan Nor Habibah Hamidon / Puan Julie Lam Joo Yee/ Puan
Wan Muzlina Wan Mustafa/ Puan Norazila Nordin/En Farid Arimi Ab Halim
No. Telefon : 03-62031558 / 03-62091318/ 03-62091051/03- 6209 2645
No. Faks : 03- 62017305 / 03-62014540
Emel :
norhabibah@hasil.gov.my
5. Kerjasama, sokongan dan kehadiran tuan/puan dalam menjayakan Seminar ini adalah dihargai.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“BERSAMA MEMBANGUN NEGARA”
FARID ARIMI BIN AB HALIM
PENOLONG PENGARAH | BAHAGIAN PETROLEUM | LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA
TKT 14 KANAN, BLOK 11 | KOMPLEKS BANGUNAN KERAJAAN | JALAN DUTA | KUALA LUMPUR
ý :
http://www.hasil.gov.myBorang boleh didapati di sini
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.