Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam Sejahtera
YBhg. Tan Sri/Puan Sri/Dato Seri/Datin Seri/Datuk/Datin/Professor/Professor Madya/Dr/Tuan/Puan/Encik/Cik
Pejabat
Penyelidikan & ICAN FACT mengorak langkah untuk bersama-sama Alumni
di dalam kejayaan Fakulti menjadi peneraju kepada Pendidikan Perakaunan
di Malaysia bertepatan dengan slogan Fakulti iaitu "Leader in Accounting Education".
Melalui program Alumni Homecoming 2015 yang diadakan baru-baru ini di
Aras 14, Menara SAAS, UiTM Shah Alam, Pejabat Penyelidikan & ICAN
FACT akan meneruskan usaha-usaha murni ini dengan menyatukan kembali
Alumni Fakulti Perakaunan UiTM seluruh Malaysia dengan mengadakan
beberapa aktiviti berimpak tinggi yang akan menyokong sistem pendidikan
pelajar & akademik, hubungan industri dan penyaluran misi dan visi
kepada komuniti setempat dalam menjadi juara di hati masyarakat.
Pejabat
Penyelidikan & ICAN FACT akan berusaha mewujudkan Persatuan Alumni
Fakulti Perakaunan UiTM selari dengan kehendak UiTM dan keperluan semasa
dalam memastikan penglibatan dan sumbangan Alumni kepada Universiti
yang tercinta ini.
Pejabat Penyelidikan & ICAN FACT berharap YBhg. Tan Sri/Puan Sri/Dato Seri/Datin Seri/Datuk/Datin/Professor/Professor Madya/Dr/Tuan/Puan/Encik/Cikdapat
menyalurkan maklumat link dibawah kepada kenalan bagi tujuan rekod
Alumni Fakulti Perakaunan sebagai Inisiatif Fasa 1 kepada aktiviti dan
program yang bakal dijalankan. Usaha kita bersama mampu mengubah
landskap dan membantu Fakulti menuju ke arah yang lebih cemerlang
bersama ALUMNI.
https://www.surveymonkey.com/r/N2395Y6Terima kasih atas perhatian & kerjasama yang diberikan.
"Connect Today, Engage Tomorrow"
Pejabat Penyelidikan & ICAN FACT
Fakulti Perakaunan
UiTM Selangor
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.