Wednesday, June 21, 2017

SALAM AIDILFITRI 1438H

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

Pejabat Pengajian Siswazah, Fakulti Perakaunan ingin mengucapkan

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin buat semua warga Fakulti Perakaunan.

Satu Syawal menjelang tiba,
Takbir bergema mengegar jiwa,
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun dipinta dihari mulia.

 SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN




Monday, June 19, 2017

Kepada pelajar tajaan dan tidak dapat mencetak slip menduduki final assessment. Sila menghubungi bendahari di talian 03-55443340 / 3441 untuk kemaskini status pelajar sebagai tajaan (mohon sediakan surat tajaan jika diminta).

Thursday, June 8, 2017

Peringatan mesra : Penghantaran Progress Report (disertation)

Sila ambil maklum,

Kepada pelajar yang tidak menghantar dissertation pada semester ini,  sila hantar borang progress report (<--- klik disini) yang lengkap dengan kadar segera ke Pejabat Siswazah atau email ke nuramalina4061@salam.uitm.edu.my atau nurfarra@salam.uitm.edu.my supaya status sebagai pelajar tidak terjejas.
 
Harap maklum.

Wednesday, May 31, 2017

Penghantaran laporan kemajuan (Pelajar penyelidikan sahaja)


Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,


Kepada semua pelajar Fakulti Perakaunan (Penyelidikan):-

Mohon untuk menghantar Laporan Kemajuan Penyelidikan (yang lengkap ditandatangani oleh penyelia) ke Pejabat Pengajian Siswazah
sebelum atau pada 9 Jun 2017. Kelewatan menghantar Laporan Kemajuan Penyelidikan akan menjejaskan status semasa pengajian pelajar.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, boleh hubungi pejabat siswazah ditalian 03-3258 7336

** KEPADA PELAJAR YANG TIDAK MENGHADIRKAN DIRI PADA PROGRESS PRESENTATION PADA 24-25 MEI 2017 YANG LALU, DIMINTA UNTUK KEMUKAKAN
    SURAT TUNJUK SEBAB BERSERTA BUKTI UNTUK TUJUAN KEMASKINI STATUS PENGAJIAN PELAJAR. SURAT TUNJUK SEBAB MESTILAH DIALAMATKAN KEPADA:-

  Professor Dr. Rozainun Haji Abdul Aziz, P.M.K, CA(M), FCMA, CGMA, FCPA (Aust.)
Dekan
Fakulti Perakaunan
Universiti Teknologi MARA Selangor
Kampus Puncak Alam
42300, Bandar Puncak Alam, Selangor
(u.p: Dr. Nadiah Abd Hamid)

Sekian, Terima Kasih.

Monday, May 29, 2017

Penghantaran disertasi


Dimaklumkan bahawa tarikh akhir penghantaran disertasi untuk semester Mac - Julai 2017 ialah pada 2 Jun 2017. 

Berikut adalah senarai semak untuk penghantaran disertasi:-

a. Disertasi - 2 salinan
b. Submision Form (Form A) - 1 salinan (ditandatangani oleh penyelia)
c. Similarity Report (Turnitin) (kurang daripada 30%)- 2 salinan
d. Bukti English Editing - 1 salinan

Jika pelajar tidak menghantar dissertation pada semester ini,  sila hantar borang progress report (<--- klik disini) yang lengkap dengan kadar segera ke Pejabat Siswazah atau email ke nuramalina4061@salam.uitm.edu.my atau nurfarra@salam.uitm.edu.my.
 
Harap maklum.

Monday, May 15, 2017

PROGRESS PRESENTATION SESI MAC - JULAI 2017 (RESEARCH PROGRAMME)

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,



 
2. Adalah dimaklumkan bahawa Pejabat Pengajian Siswazah akan mengadakan Pembentangan Kemajuan Penyelidikan
(Progress Presentation) bagi kesemua pelajar program Sarjana dan Ijazah Kedoktoran (Penyelidikan). Pembentangan ini
bertujuan untuk memastikan proses kajian dan penulisan berjalan mengikut masa yang diperuntukkan di samping memastikan
pelajar-pelajar tamat mengikut jadual pengajian mereka. Maklumat pembentangan adalah seperti berikut :

Tarikh            :           24-25 Mei 2017 (Rabu-Khamis)    
Masa              :           9.00 pagi – 4.00 petang
Tempat          :           Fakulti Perakaunan, UiTM Puncak Alam

3. Ketidakhadiran pelajar dalam pembentangan kemajuan penyelidikan akan menjejaskan laporan kemajuan penyelidikan
semester semasa di mana ianya juga merupakan gred kemajuan bagi pelajar penyelidikan. Untuk tujuan di atas, pelajar diminta
untuk menyediakan sekurang-kurangnya 10 slides pembentangan mengenai perkembangan penyelidikan yang dijalankan setakat ini.
Pembentangan oleh setiap pelajar dianggarkan berjalan dalam durasi 5-10 minit seorang.


**Sekiranya anda Tidak boleh hadirkan diri, diminta untuk tunjuk surat sebab & bukti kepada Dekan Fakulti Perakaunan dan
   untuk perhatian (Ketua Pusat Pengajian & Koordinator Penyelidikan)

Sekian harap maklum.

Thank you.