Friday, August 30, 2019

MAKLUMAN PINDAAN JADUAL WAKTU KULIAH


Makluman pindaan jadual waktu adalah seperti berikut:

1. Kod MAF 784

  • Group AC704F3 - kelas pada hari Selasa (3.00 petang, bilik 0728)

Thursday, August 29, 2019

PENDAFTARAN KURSUS

Sepertimana yang telah sedia maklum, tarikh akhir pendaftaran kursus berdasarkan takwim program Sarjana (Kerja Kursus) adalah pada 22 September 2019. 


Mohon ambil maklum bahawa kuliah Sarjana (Kerja Kursus) dijadualkan akan bermula pada 3 September 2019 (bagi pelajar Sarjana sepenuh masa) dan 7 September 2019 (bagi pelajar separuh masa). Hal yang demikian, pihak Pejabat Pascasiswazah memohon jasa baik dan kerjasama dari semua pelajar agar dapat segera membuat pendaftaran kursus dalam tempoh dua hari ini (29/8 dan 30/8) bagi memudahkan pihak pejabat untuk memuktamadkan urusan berkaitan pembahagaian kumpulan kelas dan jadual waktu untuk Semester 20194 ini.

Wednesday, August 14, 2019

PELAJAR CUTI KHAS DAN DIBERIKAN STATUS GT SESI 20192

Makluman ini adalah khas untuk kategori pelajar diatas.

Bagi pelajar yang telah diluluskan permohonan cuti khas pada sesi 20192, anda dikehendaki mendaftar semula sebagai pelajar secara atas talian untuk sesi 20194. Kegagalan mendaftar semula sebagai pelajar akan diberikan status GT (gugur taraf). Anda juga diingatkan supaya menyelesaikan yuran kekal status sebagai pelajar sebelum sesi baru bermula.

Bagi pelajar yang diberikan status GT pada sesi 20192, anda dikehendaki mengisi Borang Menarik Semula Status GT dan juga Borang Rayuan Meneruskan Pengajian yang boleh didapati di laman sesawang IPSIS. Dokumen tersebut hendaklah diterima oleh Fakulti sebelum 23 Ogos 2019. Sebarang permohonan rayuan selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan. 

Sekian

Friday, August 9, 2019

RAYUAN MENERUSKAN PENGAJIAN (SARJANA-KERJA KURSUS)


Assalamualaikum dan salam sejahtera


Perhatian untuk pelajar program Sarjana (secara kerja kursus) yang telah diberikan status D5 / melebihi tempoh maksima pengajian bagi semester 20192. 

Jika tuan puan masih berminat untuk meneruskan pengajian pada sesi berikutnya, tuan puan dikehendaki mengisi borang Rayuan Meneruskan Pengajian (RMP) dan Rayuan MelanjutkanTempoh Pengajian (RMTP) yang boleh didapati pada pautan berikut:

 

Tarikh akhir penerimaan borang permohonan RMP / RMPT adalah pada 23 Ogos 2019.

Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan dilayan.


Sekian, harap maklum.

Wednesday, August 7, 2019

Keputusan Penilaian Akhir

Kepada semua pelajar Pra-Diploma, Diploma, Sarjana Muda dan Pascasiswazah (secara kursus) UiTM,

Anda boleh menyemak keputusan Peperiksaan Akhir Jun 2019 yang akan diumumkan pada 9 Ogos 2019 melalui iStudent Apps bermula selepas 00.01 am secara berperingkat. 
Jika anda menghadapi masalah menggunakan iStudent Apps, anda juga boleh menyemak keputusan Peperiksaan Akhir anda di iStudent Portal bermula jam 9.00 am.