Monday, February 1, 2016

UiTM Three Minute thesis competition(3MT) 2016

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.2. Adalah dimaklumkan bahawa Institut Pengajian Siswazah (IPSis) akan menganjurkan  UiTM Three Minute thesis competition (3MT) 2016.

Peserta adalah  terdiri daripada pelajar PhD yang telah lulus DRP atau pelajar yang telah berjaya menyiapkan hasil penyelidikan dan/telah menghantar Notis Cadangan Penyerahan Tesis. Pemenang peringkat UiTM akan mewakili UiTM ke Pertandingan Malaysia 3MT yang akan berlangsung pada bulan Mei 2016.
Maklumat pertandingan UiTM 3MT akan diadakan seperti maklumat berikut :

Tarikh : 17 Mac 2016 (Khamis)
 
Masa : 9.00 pagi
 
Tempat : Auditorium 1, iLQaM
, UiTM Shah Alam



Bersama ini disertakan link bagi pendaftaran untuk IGS 3MT http://goo.gl/forms/dzTwbYf8Cg (sebagai Audience) dan http://goo.gl/forms/2IfZU5RcrF (sebagai peserta). Maklumat lanjut untuk aturcara program dan poster maklumat akan diberikan dalam masa terdekat. Tarikh akhir untuk pendaftaran adalah pada 3 Mac 2016.

 Justeru, IPSis memohon agar pihak Fakulti dapat memaklumkan pertandingan ini kepada semua pelajar PhD di Fakulti tuan/puan.

Untuk mengetahui peraturan dan syarat-syarat pertandingan tuan/puan boleh melayari laman web http://threeminutethesis.org/


Sekian. Terima kasih.