Tuesday, February 24, 2015



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

YBhg. Prof/Dr/Tuan/Puan,


Sukacita dimaklumkan bahawa IPSis telah berjaya membangunkan applikasi IGS LeGen (letter generator) yang akan digunakan oleh pelajar untuk memohon surat pengesahan status dan tamat pengajian.

Pelajar tidak perlu lagi melengkapkan borang, mereka hanya perlu menggunakan sistem seperti link di bawah:

http://www.online.uitm.edu.my/ipsis/letterapps/

Sistem ini telah boleh digunapakai dan mohon maklumkan kepada pelajar di Fakulti/Kampus YBhg. Prof/Dr/Tuan/Puan


Harap maklum.

Pendaftaran Kursus

Semua pelajar (termasuk pelajar dari KPTM) boleh mula mendaftar kursus di student portal.
Jadual boleh di lihat di page ICRESS atau boleh rujuk di papan notis pelajar dalam masa terdekat.

Mohon maklum kepada kami jika ada sebarang percanggahan atau tiada kursus untuk didaftarkan.

Harap maklum.

Pendaftaran Kod ACC802

Kepada pelajar yang mengikuti route Applied Research Project (ACC802).  Mohon hantar borang pertukaran pelan kepada Puan Nur Farra (nurfarra@gmail.com) sebelum tarikh tutup pendaftaran..

Borang boleh didapati di bahagian FORMS AND GUIDELINE.

Harap maklum.

Monday, February 16, 2015

Rayuan Meneruskan Pengajian (RMP)

Keputusan penilaian akhir telah pun diumumkan.  Sehubungan itu, mohon pelajar yang mendapat status D3, D4, D5 dan D6 untuk mohon RMP dalam tempoh 2 minggu dari tarikh keputusan diumumkan.  Mohon war-warkan kepada kawan-kawan yang terlibat.  Fakulti tidak bertanggungjawab terhadap permohonan yang lewat.

Borang boleh didapati di website ipsis dan sila serah ke fakulti selewat-lewatnya 27 Februari 2015.

Harap maklum.


Jemputan Profesorial Lecture : Prof Dr Ibrahim Abdul Rahman


Jemput semua pelajar/ bekas pelajar yang pernah menghadiri kelas Prof Ibrahim dan juga supervisee beliau.

Harap dapat memberi sokongan.

Terima kasih.