Friday, May 10, 2013

National Tax Conference 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Datuk/Datin/Tuan/Puan,

Pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dengan kerjasama Chartered Tax Institute of Malaysia (CTIM) akan mengadakan Persidangan Cukai Kebangsaan 2013 (National Tax Conference) pada 24 dan 25 Jun 2013 bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre. Persidangan kali ini bertajuk “Managing The Tax Ecosystem” akan membincangkan isu-isu berkisar ke arah penyiasatan jenayah yang melibatkan kesalahan percukaian serta isu-isu yang melibatkan pindahan harga (Tranfer Pricing).

Pendaftaran untuk persidangan ini telah dibuka dan pihak Datuk/Datin/Tuan/Puan boleh menghantar permohonan ke alamat yang tertera dalam brosur (sila klik disini) atau diserahkan terus ke pejabat kami di alamat:

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Bahagian Petroleum
Tingkat 15, Blok 11
Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Duta

50990 Kuala Lumpur

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 10 Jun 2013. Datuk/Datin/Tuan/Puan digalakkan untuk mendaftar awal iaitu sebelum 31 Mei 2013 bagi memdapatkan kadar yuran “early bird” untuk penyertaan ini. Sebarang pertanyaan, pihak Datuk/Datin/Tuan/Puan boleh menghubung saya di nombor 03-6209 2645 atau 019-2445501

Sekian, terima kasih.


FARID ARIMI BIN AB HALIM
PENOLONG PENGARAH | BAHAGIAN PETROLEUM | LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA
TKT 14 KANAN, BLOK 11  |  KOMPLEKS BANGUNAN KERAJAAN |  JALAN DUTA |  KUALA LUMPUR
)  : 1-800-88-LHDN (5436)  (Pusat Khidmat Pelanggan)
ý  : http://www.hasil.gov.my

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.