Monday, December 29, 2014

Laporan Kemajuan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Seperti yang tertera di dalam Kalendar Akademik Fakulti (Program Penyelidikan) bagi Semester 'September 2014-Januari 2015', "research progress report" perlu dihantar oleh semua pelajar program penyelidikan (PhD dan MBR) untuk tujuan pengemaskinian rekod status akademik selewat-lewatnya pada 14 November 2014. Bahagian Pascasiswazah mendapati bahawa sehingga hari ini, anda masih belum menghantar dokumen tersebut. Sehubungan itu, anda dimohon untuk menghantar dokumen "research progress report" selewat-lewatnya pada hari Isnin, 29 Disember 2014 (sebelum pukul 12 tengahari) untuk tujuan pengemaskinian rekod kerana Bahagian Pascasiswazah juga mempunyai kekangan masa yang telah diperuntukkan IPSis. Bahagian Pascasiswazah memohon agar pelajar lebih mengambil perhatian serius tentang penghantaran dokumen-dokumen penting seperti ini pada masa akan datang. 

Untuk pengetahuan, sebagai peringatan, tindakan AMARAN akan diberikan bagi pelajar-pelajar yang gagal menghantar dalam masa yang diperuntukkan di atas.

Sekian, terima kasih.

Yang benar, 
Dr. Suhaily Hasnan
Koordinator (Penyelidikan)
Bahagian Pascasiswazah
Fakulti Perakaunan
(Tel(O): 03-55438483)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.