Tuesday, March 3, 2015

Kekosongan jawatan sebagai Pensyarah Sambilan Perakaunan

Salam Tuan

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan perbincangan tuan dengan pegawai kami, Encik Irfaan Rosli baru-baru ini adalah berkaitan.

Sehubungan dengan itu berdasarkan perbincangan yang terdahulu, sukacita kami maklumkan akan kekosongan jawatan Pensyarah Sambilan bagi kursus Perakaunan untuk pelajar jurusan Adventure Tourism Management yang sedang menuntut di kampus Kolej Perniagaan KYS, Ayer Keroh, Melaka.

Justeru itu, mohon jasa baik pihak tuan jika sekiranya dapat mengemukakan senarai cadangan calon pengajar yang bersesuaian bagi tujuan sepertimana perenggan di atas untuk pertimbangan kami selanjutnya. Untuk makluman tuan, tempoh pengajian kursus tersebut dijangka bakal berlangsung antara awal bulan Jun hingga penghujung bulan Julai.

Bersama-sama ini kami lampirkan butiran kerja kursus Financial Planning and Analysis untuk rujukan pihak tuan jua.

Bagi sebarang pertanyaan lanjut yang berkaitan, sila hubungi pegawai bertugas Encik Irfaan Rosli di talian 013 241 3124 atau melalui emel irfaan@aventura.com.my. Sokongan serta kerjasama tuan berkenaan perkara di atas amatlah diharapkan dan kami iringi dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

-- 
NIK NURINA NIK KAMALUDDIN
Assistant Manager

KYS AVENTURA SDN BHD (1109630-V)
43-7 The Boulevard, Mid Valley City
Lingkaran Syed Putra, 59200 Kuala Lumpur
M: 019 219 8839 T: 03 2201 3413
E: nurina@aventura.com.my

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.