Tuesday, August 4, 2015

ARAHAN PERPINDAHAN SEMUA PELAJAR PASCASISWAZAH FAKULTI PERAKAUNAN

Assalamualaikum w.b.t,

Saudara/Saudari,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Adalah dimaklumkan bahawa sejajar dengan perkembangan dan pembangunan UiTM, pihak universiti memutuskan perlunya perpindahan pelajar program pascasiswazah Fakulti Perakaunan ke kampus baharu iaitu kampus UiTM Puncak Alam.

Sehubungan itu, dimaklumkan bahawa penempatan pengajian semua pelajar pascasiswazah Fakulti Perakaunan UiTM Shah Alam akan bertukar ke:

Kampus : UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam.
Kolej      : Tidak disediakan.
Tarikh/Semester  perpindahan : Bermula 1 September 2015 / Sesi September 2015-Mac 2016

Surat rasmi saudara/saudari boleh diambil di Pejabat Akademik Pascasiswazah pada tarikh yang akan diberitahu kemudian pada bulan September 2015.

Kerjasama saudara/saudari dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sebarang persoalan atau maklumat lanjut boleh hubungi Pejabat Pascasiswazah Fakulti Perakaunan 03-55444917 / 03-55211712 / 03-55444828.

Sekian, harap maklum.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.