Thursday, December 10, 2015

Connect today.. Engange Tomorrow

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam Sejahtera

YBhg. Tan Sri/Puan Sri/Dato Seri/Datin Seri/Datuk/Datin/Professor/Professor Madya/Dr/Tuan/Puan/Encik/Cik




Pejabat Penyelidikan & ICAN FACT mengorak langkah untuk bersama-sama Alumni di dalam kejayaan Fakulti menjadi peneraju kepada Pendidikan Perakaunan di Malaysia bertepatan dengan slogan Fakulti iaitu "Leader in Accounting Education". Melalui program Alumni Homecoming 2015 yang diadakan baru-baru ini di Aras 14, Menara SAAS, UiTM Shah Alam, Pejabat Penyelidikan & ICAN FACT akan meneruskan usaha-usaha murni ini dengan menyatukan kembali Alumni Fakulti Perakaunan UiTM seluruh Malaysia dengan mengadakan beberapa aktiviti berimpak tinggi yang akan menyokong sistem pendidikan pelajar & akademik, hubungan industri dan penyaluran misi dan visi kepada komuniti setempat dalam menjadi juara di hati masyarakat.

Pejabat Penyelidikan & ICAN FACT akan berusaha mewujudkan Persatuan Alumni Fakulti Perakaunan UiTM selari dengan kehendak UiTM dan keperluan semasa dalam memastikan penglibatan dan sumbangan Alumni kepada Universiti yang tercinta ini.

Pejabat Penyelidikan & ICAN FACT berharap YBhg. Tan Sri/Puan Sri/Dato Seri/Datin Seri/Datuk/Datin/Professor/Professor Madya/Dr/Tuan/Puan/Encik/Cikdapat menyalurkan maklumat link dibawah kepada kenalan bagi tujuan rekod Alumni Fakulti Perakaunan sebagai Inisiatif Fasa 1 kepada aktiviti dan program yang bakal dijalankan. Usaha kita bersama mampu mengubah landskap dan membantu Fakulti menuju ke arah yang lebih cemerlang bersama ALUMNI.

https://www.surveymonkey.com/r/N2395Y6Terima kasih atas perhatian & kerjasama yang diberikan.

"Connect Today, Engage Tomorrow"

Pejabat Penyelidikan & ICAN FACT
Fakulti Perakaunan
UiTM Selangor

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.