Wednesday, October 26, 2016

KAUNTER PENDAFTARAN PEMILIH DI FAKULTI PERKAUNAN BERSAMA SURUHANJAYA PILIHANRAYA (SPR)

Assalamualaikum w.b.t,

YBhg Prof/Prof Madya/Dr/Tuan/Puan/Saudara/Saudari

Perkara di atas dengan segala hormatnya dirujuk.

Pihak Fakulti Perakaunan akan mengadakan Kempen Pendaftaran Pemilih bersama Suruhanjaya Pilihanraya di mana Kaunter SPR akan dibuka di Fakulti seperti butiran berikut:

TARIKH  :      1-2 NOVEMBER 2016 (SELASA & RABU)
MASA    :       9.00 PAGI – 5.00 PETANG
TEMPAT:       IND-E-ZONE, ARAS 2, FAKULTI PERAKAUNAN, UiTM PUNCAK ALAM


 ***HANYA PERLU HADIR MEMBAWA KAD PENGENALAN SAHAJA UNTUK MENDAFTAR. 

Jenis-Jenis Pendaftaran
SPR menjalankan 2 jenis pendaftaran pemilih pada hari tersebut iaitu:


(a) Pendaftaran Baru:
SPR menerima permohonan warganegara yang memohon untuk mendaftar sebagai pemilih buat pertama kali.


(b) Pendaftaran Tukar Alamat dan Pusat Mengundi:
SPR juga menerima permohonan pemilih berdaftar yang memohon untuk mendaftarkan alamat tempat tinggalnya yang baru. Ia dikaitkan dengan pertukaran alamat Pusat Mengundi kerana secara lazimnya, sekiranya seorang pemilih berpindah ke tempat baru, maka, Pusat Mengundinya akan ditetapkan mengikut pendaftaran alamat tempat barunya itu.

Semua Staf dan pelajar UiTM Puncak Alam yang layak dan belum mendaftar dialu-alukan dan dijemput hadir. Terdapat cabutan bertuah disediakan bagi para pengunjung yang bertuah. Sekian, terima kasih.

Thanks and Regards,

============================
NAZZREEN BINTI MOHD SAHAR
Penolong Pendaftar
Fakulti Perakaunan
Universiti Teknologi MARA
Kampus Puncak Alam
03-32587334

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.