Tuesday, December 12, 2017

Progress Report (PhD dan MBR)

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

Merujuk perkara diatas,

Dimaklumkan bahawa, semua pelajar penyelidikan Fakulti Perakaunan perlu menghantar Laporan Kemajuan Penyelidikan
bagi sesi September 2017 - Januari 2018 (20174). 

Perlu diingatkan, pelajar yang tidak menghadiri Doktorial Kolokium yang diadakan pada 28hb November 2017 baru ini, diminta menghantar
borang laporan kemajuan penyelidikan beserta surat tunjuk sebab kepada Pejabat Akademik Pengajian Siswazah, Fakulti Perakaunan (b.p: Koordinator Penyelidikan).

Borang yang lengkap perlu dihantar ke Pejabat Akademik Pengajian Siswazah selewat-lewatnya pada atau sebelum 13 Disember 2017 (Rabu).

Kegagalan menghantar borang kemajuan penyelidikan akan menjejaskan laporan/gred kemajuan semester semasa.

Sekian, Terima Kasih.

b.p: Koordinator (Penyelidikan)
       Fakulti Perakaunan

** SILA ABAIKAN EMAIL INI SEKIRANYA ANDA TELAH MENGHANTAR LAPORAN KEMAJUAN PENYELIDIKAN

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.