Monday, August 20, 2018

RAYUAN MENERUSKAN PENGAJIAN (PELAJAR KERJA KURSUS)

Assalamualaikum,
Kepada semua pelajar yang dikasihi,

Untuk makluman semua, tarikh untuk membuat rayuan meneruskan pengajian pada semester ini adalah bermula pada 17 Ogos 2018 sehingga 30 Ogos 2018.

Mohon semua pelajar yang mendapat status GT, D3 dan D5 untuk mengisi borang Rayuan Meneruskan Pengajian (RMP). Kepada pelajar dengan status GT, anda perlu membuat bayaran yuran terlebih dahulu. Kepada pelajar semester akhir iaitu semester 4 bagi pelajar sepenuh masa dan semester 8 bagi pelajar separuh masa, mohon untuk mengisi dua (2) borang iaitu  Rayuan Meneruskan Pengajian (RMP) dan Rayuan Melanjutkan Tempoh Pengajian (RMTP).

Semua borang boleh dimuat turun di laman web IPSis.

Borang yang telah siap di isi perlu dihantar ke Pejabat Pascasiswazah, Aras 14, Menara SAAS, Shah Alam.

Mohon pelajar-pelajar terbabit untuk mematuhi tarikh yang telah ditetapkan.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.