Monday, July 1, 2019

PELANTIKAN PENYELIA DISERTASI UNTUK SEMESTER SEPTEMBER 2019 - JANUARI 2020


Assalamualaikum wrt.

Adalah dimaklumkan, pelajar sarjana program AC700 dan AC703 yang kini berada di semester DUA (sepenuh masa) dan semester TIGA (separuh masa) untuk sesi Mac-Julai 2019,  WAJIB melantik penyelia bagi penyeliaan kursus disertasi yang akan diambil pada semester berikutnya (sesi September 2019 – Januari 2020).

Untuk makluman, setiap pensyarah dibenarkan menyelia hanya SEORANG (1) pelajar sarjana sahaja bagi setiap semester semasa. Maksimum penyeliaan bagi setiap pensyarah adalah seramai 3 pelajar – (mengambilkira pelajar semester terdahulu dan semester semasa).

Mohon pelajar menyemak status penyeliaan pensyarah dengan pejabat pascasiswazah sebelum membuat penamaan. Pelajar DIKEHENDAKI mengisi borang pelantikan penyelia dan menghantar borang tersebut selewat-lewatnya pada 5 OGOS 2019.


Mohon pelajar mengisi google form pada pautan ini bagi tujuan rekod:



Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.