Wednesday, August 14, 2019

PELAJAR CUTI KHAS DAN DIBERIKAN STATUS GT SESI 20192

Makluman ini adalah khas untuk kategori pelajar diatas.

Bagi pelajar yang telah diluluskan permohonan cuti khas pada sesi 20192, anda dikehendaki mendaftar semula sebagai pelajar secara atas talian untuk sesi 20194. Kegagalan mendaftar semula sebagai pelajar akan diberikan status GT (gugur taraf). Anda juga diingatkan supaya menyelesaikan yuran kekal status sebagai pelajar sebelum sesi baru bermula.

Bagi pelajar yang diberikan status GT pada sesi 20192, anda dikehendaki mengisi Borang Menarik Semula Status GT dan juga Borang Rayuan Meneruskan Pengajian yang boleh didapati di laman sesawang IPSIS. Dokumen tersebut hendaklah diterima oleh Fakulti sebelum 23 Ogos 2019. Sebarang permohonan rayuan selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan. 

Sekian

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.