Thursday, January 16, 2020

PELANTIKAN PENYELIA DISERTASI UNTUK SEMESTER MAC - JULAI 2020

Assalamualaikum wrt.

Adalah dimaklumkan, pelajar sarjana program AC700 dan AC703 yang kini berada di semester DUA (mod sepenuh masa) dan semester TIGA (mod separuh masa) untuk sesi Sept 2019 - Jan 2020,  WAJIB melantik penyelia bagi penyeliaan kursus disertasi yang akan diambil pada semester berikutnya (sesi Mac - Julai 2020).

Untuk makluman, setiap pensyarah dibenarkan menyelia hanya SEORANG (1) pelajar sarjana BARU  bagi setiap semester semasa. Maksimum penyeliaan bagi setiap pensyarah adalah seramai 3 pelajar – (mengambilkira pelajar semester terdahulu dan semester semasa). 

*Hal yang demikian, pelantikan penyelia adalah berdasarkan "first come first serve basis".

Mohon pelajar menyemak status penyeliaan pensyarah dengan pejabat pascasiswazah sebelum membuat penamaan. Pelajar DIKEHENDAKI mengisi borang pelantikan penyelia dan menghantar borang tersebut selewat-lewatnya pada 7 FEBRUARI 2020.


Mohon pelajar mengisi google form pada pautan ini bagi tujuan rekod:



Sekian, terima kasih!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.