Tuesday, June 29, 2021

PEMAKLUMAN PEMBAYARAN YURAN PELAJAR UiTM

 PEMAKLUMAN PEMBAYARAN YURAN PELAJAR UiTM

-----------------------------------------------------------------------

Kepada pelajar yang masih belum menyelesaikan yuran pengajian/yuran tertunggak pada sesi Mac-Ogos 2021,


1. Berikutan pemakluman YAB Perdana Menteri berkenaan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), sukacita dimaklumkan bahawa pihak UiTM telah bersetuju untuk melanjutkan kelonggaran pembayaran yuran pengajian/yuran tertunggak bagi sesi Mac-Ogos 2021 sehingga 3 September 2021.


2. Pihak universiti amat memahami segala kesulitan dan masalah yang sedang dihadapi oleh para pelajar untuk membuat pembayaran yuran pengajian/yuran tertunggak pada semester ini kesan daripada penularan wabak COVID-19. Susulan daripada itu, proses Gugur Taraf (GT) Muktamad pada 9 Julai 2021 seperti yang telah dinyatakan dalam Kalendar Akademik Sesi Mac-Ogos 2021 adalah TERBATAL.

 

4. Dengan itu, pelajar adalah diminta untuk menjelaskan pembayaran yuran tertunggak termasuk yuran pengajian sehingga pada 3 September 2021 bagi mengelakkan sekatan menyemak keputusan peperiksaan / penilaian akhir.


5. Bagi sebarang pertanyaan berkenaan perkara di atas, sila hubungi Pegawai Akademik Fakulti/Kampus masing-masing: https://sites.google.com/uitm.edu.my/covid19uitmhea/yr-academic-officer


Daripada:

Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)

dan Jabatan Pengurusan Kewangan Pelajar, Pejabat Bendahari UiTM

29 Jun 2021

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.