Thursday, January 12, 2023

KAJIAN PENGESANAN GRADUAN (SKPG 1) BAGI GRADUAN ISTIADAT KONVOKESYEN UiTM KE-97



Assalamualaikum WBT

YBhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ Profesor / Tuan / Puan

KAJIAN PENGESANAN GRADUAN (SKPG 1) BAGI GRADUAN ISTIADAT KONVOKESYEN UiTM KE-97

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.    Untuk makluman YBhg. Datuk/ Dato' / Datin / Profesor / tuan / puan, Kajian Pengesanan Graduan atau Trace Study merupakan kajian tahunan yang dilaksanakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi mengetahui status graduan selepas menamatkan pengajian.

3.    Disamping itu, kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklumbalas graduan berkaitan program pengajian, kemudahan dan perkhidmatan di UiTM.

4.    Dapatan dari kajian ini dapat membantu UiTM untuk memperkukuhkan inisiatif kebolehpasaran graduan supaya selari dengan Pelan Strategik Kebolehpasaran Graduan 2021-2025 Kementerian Pengajian Tinggi, yang visinya adalah ke arah graduan holistik dan seimbang deng nilai kebolehpasaran global.

5.    Sistem Kajian ini telah dibuka pada 9 Disember 2022 dan akan ditutup pada tarikh akhir 28 Februari 2023. Pautan kajian seperti: (https://graduan.mohe.gov.my/SKPG/). Langkah-langkah untuk mengisi kajian boleh ditonton di TikTok pada pautan: https://vt.tiktok.com/ZSRtPMhBn/

6.     Mohon kerjasama YBhg. Datuk/ Dato' / Datin / Profesor /tuan / puan untuk membantu membuat hebahan kepada semua graduan dalam mencapai sasaran 100% graduan mengisi kajian dengan lengkap dan seterusnya dapat meningkatkan peratusan GE UiTM.

Sekian terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.