Wednesday, August 14, 2019

PELAJAR CUTI KHAS DAN DIBERIKAN STATUS GT SESI 20192

Makluman ini adalah khas untuk kategori pelajar diatas.

Bagi pelajar yang telah diluluskan permohonan cuti khas pada sesi 20192, anda dikehendaki mendaftar semula sebagai pelajar secara atas talian untuk sesi 20194. Kegagalan mendaftar semula sebagai pelajar akan diberikan status GT (gugur taraf). Anda juga diingatkan supaya menyelesaikan yuran kekal status sebagai pelajar sebelum sesi baru bermula.

Bagi pelajar yang diberikan status GT pada sesi 20192, anda dikehendaki mengisi Borang Menarik Semula Status GT dan juga Borang Rayuan Meneruskan Pengajian yang boleh didapati di laman sesawang IPSIS. Dokumen tersebut hendaklah diterima oleh Fakulti sebelum 23 Ogos 2019. Sebarang permohonan rayuan selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan. 

Sekian

Friday, August 9, 2019

RAYUAN MENERUSKAN PENGAJIAN (SARJANA-KERJA KURSUS)


Assalamualaikum dan salam sejahtera


Perhatian untuk pelajar program Sarjana (secara kerja kursus) yang telah diberikan status D5 / melebihi tempoh maksima pengajian bagi semester 20192. 

Jika tuan puan masih berminat untuk meneruskan pengajian pada sesi berikutnya, tuan puan dikehendaki mengisi borang Rayuan Meneruskan Pengajian (RMP) dan Rayuan MelanjutkanTempoh Pengajian (RMTP) yang boleh didapati pada pautan berikut:

 

Tarikh akhir penerimaan borang permohonan RMP / RMPT adalah pada 23 Ogos 2019.

Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan dilayan.


Sekian, harap maklum.

Wednesday, August 7, 2019

Keputusan Penilaian Akhir

Kepada semua pelajar Pra-Diploma, Diploma, Sarjana Muda dan Pascasiswazah (secara kursus) UiTM,

Anda boleh menyemak keputusan Peperiksaan Akhir Jun 2019 yang akan diumumkan pada 9 Ogos 2019 melalui iStudent Apps bermula selepas 00.01 am secara berperingkat. 
Jika anda menghadapi masalah menggunakan iStudent Apps, anda juga boleh menyemak keputusan Peperiksaan Akhir anda di iStudent Portal bermula jam 9.00 am.