Thursday, March 20, 2014

HEBAHAN : EKSPO SELANGKAH KE UiTM 2014


Universiti Teknologi MARA (UiTM) akan menganjurkan Ekspo Selangkah ke UiTM secara serentak di 15 lokasi seluruh negara pada 22 dan 23 Mac ini.

Program ini bertujuan memberi pendedahan dan menyalurkan maklumat terkini mengenai program-program yang ditawarkan kepada orang ramai terutamanya calon-calon lepasan SPM, STPM dan Matrikulasi dalam membuat pilihan yang tepat dan sesuai berdasarkan keputusan yang diperolehi.

Ekspo Selangkah ke UiTM juga memberi ruang kepada bakal calon bagi mengetahui secara keseluruhan program pilihan mereka dengan lebih teliti kerana sepanjang ekspo berlangsung, pensyarah dan staf yang terlibat akan memberi penerangan tentang program-program pilihan calon.
Taklimat fakulti, khidmat nasihat, semakan syarat kelayakan, ujian minat kerjaya dan perkhidmatan kaunter daripada 25 fakulti di UiTM adalah antara kemudahan yang akan disediakan untuk para pengunjung mendapatkan maklumat lebih lanjut.

Kaunter khas program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) turut dibuka bagi membantu calon-calon miskin dan tidak berkemampuan tetapi layak untuk melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi.

Sila bawa bersama:
  1. Salinan Sijil SPM/ STPM/ Diploma
  2. Salinan Semakan Syarat Kelayakan Program
JADUAL TAKLIMAT FAKULTI & LOKASI EKSPO BAGI KAMPUS NEGERI/CAWANGAN

 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.