Thursday, March 20, 2014

Penangguhan bayaran yuran pengajian


Tarikh akhir bayaran yuran pengajian bagi pelajar sesi Mac - Julai 2014 adalah pada 3hb Apr 2014.

Sekiranya bayaran tidak dapat dilakukan pada/sebelum tarikh tersebut, pelajar boleh memohon untuk membuat penangguhan bayaran yuran melalui kelulusan pegawai UiTM seperti berikut:

-  NAIB CANSELOR; atau
-  TNC HEA ; atau
-  TNC HEP ; atau
-  PENGARAH KAMPUS ; atau
-  TIMB. PENGARAH KAMPUS ; atau
-  PENGARAH INED ; atau
-  DEKAN FAKULTI ; atau
-  TIMB.DEKAN FAKULTI ; atau
-  DEKAN IPSIS


Pelajar hanya perlu membuat rayuan penangguhan bayaran yuran secara bertulis dan dimajukan kepada pegawai UiTM seperti yang dinyatakan di atas. Selepas menerima sokongan/kelulusan pegawai berkenaan, pelajar perlu majukan surat berkenaan kepada kami atau kepada Pejabat Bendahari cawangan masing-masing bagi tujuan kemas kini status yuran. Salinan surat berkenaan hendaklah sampai kepada Pejabat Bendahari selewat-lewatnya pada/sebelum 3hb Apr 2014. Surat tersebut juga boleh diemel kepada kami.

Pelajar yang diberi status Y3(penangguhan bayaran yuran) tidak akan digugur taraf walaupun status yuran masih belum berbayar.

Tarikh akhir bayar yuran bagi pelajar yang mendapat kelulusan penangguhan ini adalah sebelum menduduki peperiksaan akhir semester.

Makluman daripada: BAHAGIAN PENGURUSAN KEWANGAN PELAJAR UiTM

Link : http://www.uitm.edu.my/index.php/en/news/94-quickinfo/697-penangguhan-bayar-yuran-pengajian

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.