Monday, June 1, 2015

KELAS PELAJAR SEPARUH MASA SARJANA PERAKAUNAN DIBATALKAN PADA 6 JUN 2015

Assalamualaikumdan salam sejahtera....

Perhatian kepada semua pelajar Separuh Masa Sarjana Perakaunan UiTM Shah Alam.

Adalah dimaklumkan, bekalan elektrik akan dihentikan sementara kerana pihak TNB akan melakukan Kerja-Kerja Senggaraan Alatsuis 33KV, Busbar, Cable Ends Dan Sengaraan Pencegahan Perlindungan bagi tujuan untuk meningkatkan tahap kualiti bekalan elektrik di seluruh kawasan Kampus UiTM Shah Alam.


Butir-butir gangguan adalah seperti berikut :-

Tarikh : 6 Jun 2015 (Sabtu)
Waktu : 10.00 am - 10.00 pm 

Kawasan Yang Terlibat : Keseluruhan Kampus UiTM Shah Alam


Sehubungan itu, semua kelas pelajar Separuh Masa Sarjana Perakaunan di UiTM Shah Alam pada 6 Jun 2015 (sabtu) ini adalah dibatalkan dan akan diganti pada minggu berikutnya iaitu pada 13 Jun 2015 (Sabtu) . 

Manakala, kelas pada hari Ahad, 7 Jun 2015 akan berjalan seperti biasa.

Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan pensyarah masing-masing.

Harap maklum, terima kasih.


PEJABAT PASCASISWAZAH 
FAKULTI PERAKAUNAN
UiTM SHAH ALAM

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.