Monday, May 15, 2017

PROGRESS PRESENTATION SESI MAC - JULAI 2017 (RESEARCH PROGRAMME)

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,



 
2. Adalah dimaklumkan bahawa Pejabat Pengajian Siswazah akan mengadakan Pembentangan Kemajuan Penyelidikan
(Progress Presentation) bagi kesemua pelajar program Sarjana dan Ijazah Kedoktoran (Penyelidikan). Pembentangan ini
bertujuan untuk memastikan proses kajian dan penulisan berjalan mengikut masa yang diperuntukkan di samping memastikan
pelajar-pelajar tamat mengikut jadual pengajian mereka. Maklumat pembentangan adalah seperti berikut :

Tarikh            :           24-25 Mei 2017 (Rabu-Khamis)    
Masa              :           9.00 pagi – 4.00 petang
Tempat          :           Fakulti Perakaunan, UiTM Puncak Alam

3. Ketidakhadiran pelajar dalam pembentangan kemajuan penyelidikan akan menjejaskan laporan kemajuan penyelidikan
semester semasa di mana ianya juga merupakan gred kemajuan bagi pelajar penyelidikan. Untuk tujuan di atas, pelajar diminta
untuk menyediakan sekurang-kurangnya 10 slides pembentangan mengenai perkembangan penyelidikan yang dijalankan setakat ini.
Pembentangan oleh setiap pelajar dianggarkan berjalan dalam durasi 5-10 minit seorang.


**Sekiranya anda Tidak boleh hadirkan diri, diminta untuk tunjuk surat sebab & bukti kepada Dekan Fakulti Perakaunan dan
   untuk perhatian (Ketua Pusat Pengajian & Koordinator Penyelidikan)

Sekian harap maklum.

Thank you.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.