Thursday, February 27, 2020

MAKLUMAN: Penghantaran Borang Permohonan Etika Penyelidikan


Assalamualaikum wrt dan salam sejahtera.

Perhatian kepada SEMUA pelajar RAC883 (Dissertation) dan RAC873 (Applied Research Project) Semester Mac - Julai 2020 yang masih belum menghantar borang permohonan kelulusan etika penyelidikan, mohon ambil maklum tarikh akhir penghantaran dokumen seperti berikut:

Bulan
Tarikh Akhir Penerimaan Borang
Februari
24 Februari 2020
Mac
23 Mac 2020
April
20 April 2020
Mei
18 Mei 2020

**Sila ambil maklum: kelewatan dalam menghantar borang permohonan boleh mengakibatkan tertangguhnya proses pengumpulan data dan seterusnya penghantaran disertasi/applied research project pada semester Mac – Julai 2020.

*Info penting:
·        Borang permohonan kelulusan etika penyelidikan adalah wajib diisi oleh setiap pelajar  (yang lama ataupun yang baru pertama kali mendaftar RAC873 dan RAC883 untuk semester Mac – Julai 2020) yang masih belum mengumpul data - samada primary atau secondary data.
·        Mana-mana pelajar yang menggunakan questionnaire bagi tujuan pengumpulan data, perlu menyediakan dan menghantar sekali questionnaire tersebut dalam bentuk DWIBAHASA (Bahasa Melayu DAN Bahasa Inggeris).
·        Pelajar dikehendaki menghantar borang permohonan No. 2 - 5 beserta proposal dan questionnaire (jika berkenaan) secara HARDCOPY) ke Pejabat Pascasiswazah, Aras 14, Menara SAAS (9.00am – 4.30pm).

Borang permohonan boleh dimuat turun dari pautan berikut:

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi PM Dr. Norziaton Ismail Khan di talian 03-3258 7480 atau Dr. Seri Ayu Masuri Md. Daud di talian 03-32587512/7496

Kerjasama yang diberikan amat dihargai dan diucapkan dengan ucapan ribuan terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.